Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2025 @ 3:30pm

“Love You Guys” – Lebih Terbuka, DJ Kidd Kongsi Foto Mesra Bersama Emma Maembong

Hubungan antara pelakon jelita, Emma Maembong dan deejay kelab malam, DJ Kidd  semakin mengundang perhatian ramai.

Ini kerana, tindakan DJ Kidd yang kini lebih terbuka berkongsi foto mesranya bersama aktres itu di platform media sosialnya ternyata menuai sorotan khalayak.

Menerusi perkongsian di Instagram, DJ Kidd ada memuat naik foto bersama Emma yang kelihatan berdiri disebelahnya bersama dua lagi rakan mereka beserta kapsyen yang tertulis ‘Love You Guys’.

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, DJ Kidd kelihatan memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak bongsu aktres tersebut, Shakil Aryan Shah.

Video berkenaan juga didakwa dirakam ketika pasangan tersebut sedang berada di sebuah zoo.

Terdahulu, pada Januari lalu, spekulasi mengenai hubungan intim Emma dan DJ Kidd kembali menuai tumpuan selepas lelaki tersebut secara terbuka mendedahkan bahawa Emma kini berada di dalam hatinya.

Selain, terdapat juga dakwaan mengatakan pasangan itu pernah bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar-gambar yang tular di media sosial sebelum ini.

Sekadar info, Emma dan Shazli sebelum ini memilih untuk merahsiakan tarikh sebenar perceraian mereka,.

Bagimanapun, pasangan tesebut sepakat untuk mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak lelaki iaitu, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jan 2026
Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Kena kuat kalau jadi selebriti ni kan? Semoga bertabah Siti

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Events Tue, 7 Oct 2025

Gurauan Nadir Al Nuri & Musa ‘Ubat’ Hati Rakyat Malaysia, Netizen Komen – “Adik Beradik Yang Hebat Dalam Misi Perjuangkan Gaza”

kedua-duanya bertemu semula selepas Musa dibebaskan daripada tahanan Isr**l bersama kesemua delegasi Malaysia lain.

error: Content is protected !!