Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 20, 2025 @ 7:18pm

“Kenapa Soal Bersentuhan Selalu Ditanya Kepada Wanita Berhijab?” – Kenyataan Hannah Delisha Dipertikai Warganet

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, mempersoalkan mengapa isu bersentuhan dalam lakonan sering diajukan kepada wanita berhijab, sedangkan persoalan yang sama jarang ditujukan kepada mereka yang tidak menutup aurat.

Dalam temu bual bersama Mingguan Wanita, Hannah, atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, menjelaskan bahawa terdapat situasi tertentu dalam lakonan di mana persentuhan tidak dapat dielakkan, meskipun dia sentiasa berusaha menghindarinya.

“Saya pelik kenapa soalan tentang sentuhan ini selalu ditujukan kepada wanita berhijab. Kenapa tidak ditanya kepada mereka yang tidak bertudung? Adakah mereka boleh bersentuhan sesuka hati?

“Saya seorang pelakon. Jika boleh dielakkan, saya akan elakkan. Tetapi dalam keadaan tertentu, jika benar-benar tiada pilihan atau berlaku secara tidak sengaja, saya hanya mampu meminimumkannya.

“Kadangkala, situasi tertentu tidak dapat dielakkan, seperti dalam babak seseorang pengsan dan perlu diangkat. Itu di luar kawalan kami,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Imam Shah ini turut menjelaskan bahawa jika dia benar-benar berhijrah suatu hari nanti, dia akan meninggalkan dunia lakonan.

“Saya masih dalam proses mencuba. Keputusan untuk berhijab ini saya ambil sendiri, tanpa paksaan sesiapa.

“Jika suatu hari nanti saya benar-benar ingin berhijrah sepenuhnya, saya tidak akan berada dalam industri ini lagi. Saya akan berhenti berlakon kerana saya rasa itu adalah keputusan terbaik untuk saya,” tuturnya lagi.

@mingguanwanita

Kata Hannah Delisha, ada babak-babak yang kadang tidak dapat dielak daripada bersentuhan dengan rakan sekerja, tapi masih lagi tidak melanggar batasan yang melampau. Kerjayanya sebagai pelakon membuatkan dia harus menjayakan watak yang diberi walau apa pun. Bagus Hannah Delisha! Tak sabar nak tengok bagaimana pula lakonannya dalam drama terbaru Dendam Seorang Madu. #mingguanwanita #hannahdelisha

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Bagaimanapun, kenyataannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka seorang selebriti berhijab boleh mempersoalkan isu bersentuhan dengan pelakon lelaki bukan mahram dalam industri hiburan.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Trending Mon, 27 Aug 2018

Couple Fails to Conceive After Years…Butt They Later Found the Problem

Sex education is extremely important, you guys.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

Featured Wed, 12 Feb 2025

“Jangan Nak Tentukan Hidup Orang! Baik Korang Atur Hidup Sendiri”- Noor Nabila Mohon Netizen Jangan ‘Judgemental’

Noor Nabila menegaskan bahawa netizen tidak berhak menentukan masa depan orang lain.

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini. Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal […]

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Dalam filem pun dah nampak seram, kenapa beli?

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

error: Content is protected !!