Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2025 @ 3:27pm

Tahniah! Maryam Durian Kimchi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Pempengaruh Ryzal Ibrahim berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Maryam Durian Kimchi selamat melahirkan anak kedua mereka pada Rabu.

Lebih istimewa, bayi lelaki seberat 3.67 kilogram (kg) itu juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya iaitu pada 19 februari.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ryzal memaklumkan bahawa putera mereka selamat dilahirkan pada hari Rabu, tepat jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.

“19th Februari 2025, pukul 2:29 pagi berat, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19 Februari 1992,” tulisnya.

Ryzal juga meluahkan rasa syukur dengan kehadiran anak keduanya itu dan berharap agar amanah yang dikurniakan  ini dapat dijaga dengan seikhlas hati.

“Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan.

“Semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ryzal juga turut berkongsi beberapa foto isterinya dan juga bayi yang dilahirkan.

Sekadar info, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam atau nama sebenarnya You Narae yang berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran anak perempuan mereka, Rina yang kini berusia 3 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 Jun 2025

“Ada Yang Sapu Pada Muka & Masuk Dalam Plastik ” – Pengamal Syirik Ambil Tanah Kubur Nurly Shahirah

Terdapat segelintir pengunjung yang mengambil tanah kubur milik arwah.

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Featured Mon, 12 Aug 2024
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!