Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2025 @ 7:34am

Isu Hangat Ameera Khan, Jefri Nichol Sering Jadi Bualan… Ini Respons Neelofa

Pengacara dan usahawan tersohor, Neelofa memohon orang ramai agar menitipkan doa yang baik-baik terhadap adiknya, Ameera Khan yang terkait dengan pelbagai isu selepas menjalin hubungan cinta dengan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.

Sebagai seorang kakak, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, menegaskan dirinya telah menjalankan tanggungjawab dalam menasihati Ameera, namun enggan berkongsi butiran lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya kepada XTRA.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Baru-baru ini, perhatian netizen tertumpu kepada Ameera yang dilihat duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran di media sosial.

Lebih mengundang kontroversi, aksi spontan Jefri yang mencium pipi Ameera sambil merangkulnya erat turut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, biarpun kisah percintaan Ameera terus menjadi bualan ramai, Neelofa menegaskan dia tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan warganet.

“Alhamdulillah, ia tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat.

“Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.

“Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah sahaja,” katanya.

Menurut mantan hos Nona TV3 ini, keluarganya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi Insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.

Terdahulu, Jefri pernah menerima kecaman berikutan pendedahannya yang mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita, berlaku curang terhadap pasangan, serta menikmati daging babi.

Ameera dan Jefri sebelum ini pernah dikaitkan bercinta, namun hubungan mereka dikatakan berakhir sekitar Oktober 2021 selepas Ameera berhenti mengikuti Jefri di Instagram.

Bagaimanapun, pada penghujung Mac tahun lalu, hubungan mereka dikhabarkan kembali bertaut dan mereka kini sering berkongsi kemesraa di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Fri, 8 Aug 2025

‘Taman Keabadian’ Jadi Hadiah Istimewa Aishah Untuk Peminat Setia

Sedap buah tangan terbaharu Datuk Asihah, love sangat!

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

《分贝人生》再获奖得国际认可!

电影《分贝人生》持续受到国际影视奖项的垂青!这次获得第3届《金海鸥国际新媒体影视周》颁发《最佳影片奖》,男主角陈泽耀代表前往北京领奖时在台发表得奖感言直说「艺术不分国界」。

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Featured Thu, 7 Aug 2025

Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”

Abby Abadi menitipkan pesan buat anak-anaknya sekaligus memohon agar sentiasa dikuatkan iman berdepan ujian hidup.

Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Events Thu, 13 Dec 2018

许佳麟认爱女网红「没刻要公开但也不隐瞒」

「国民男友」Danny许佳麟认爱!女粉心都碎了~

Featured Tue, 7 Oct 2025

Mimi Lana Kecam Tindakan Pihak Beri Sokongan Pada Isr**l -“Sanggup Korbankan Maruah Tanah Air Sendiri & Jadi Pengkhianat Bod*h”

Pelakon popular, Mimi Lana mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang sanggup menjadi tali barut kepada pihak penceroboh.

error: Content is protected !!