Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2025 @ 1:01pm

“Kalau Adab Tu Tak Ada, Jangan Rasa Diri Hebat”- Rita Rudaini Selar Tindakan Imran Bard

Pelakon versatile, Rita Rudaini tampil memberikan teguran susulan tindakan pempengaruh media sosial, Imran Bard yang didakwa tidak beradab.

Kata Rita, tindakan memohon maaf yang dibuat Imran menerusi video yang dimuat naik di platform media sosialnya itu juga seolah mempersendakan aktres tersebut.

“Kaya macam mana pun kita, belajar tinggi macam mana pun kita, kalau adab tu tak ada… tak payah rasa diri tu hebat.

“Dia bukan mak cik anda, lebih sopan jika memanggilnya dengan panggilan ‘Puan’. Cara minta maaf pun tak ada adab.

“‘Saya nak mak bapak dia datang minta maaf’ kalau yang bijak akan faham apa isi tersirat,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang trofi Aktres Pembantu TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 itu juga merasakan Ellie Suriaty tidak memerlukan sebarang publisti murahan untuk menaikkan namanya.

Ini kerana nama Ellie sudah gah dan popular sebelum wujudnya media sosial.

“Hello, Ellie tak perlu influencer untuk naik kan nama dia.

“Nama Ellie dalam industri seni sangat besar. Dan zaman kami semua naik dulu masa belim ada lagi media sosial,” jelasnya.

Rita, 48, berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar telah mengadakan sidang media pada petang Khamis untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Imran Bard.

Menurut Ellie, kandungan tersebut dianggap telah merendahkan reputasi yang telah dibina selama lebih tiga dekad sebagai seorang anak seni.

Dalam pertemuan dengan media, Ellie turut menuntut agar ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas tindakan pempengaruh tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020
Trending Wed, 24 Jun 2020
Trending Tue, 14 Dec 2021

Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Tunda Sambut Anniversary Kahwin Ke-8 Di Langkawi

Pelakon cantik, Rozita Che Wan memaklumkan perancangannya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditunda kerana suaminya, pelakon Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana positif Covid-19 bulan lalu. Menurut […]

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Sat, 6 Jul 2019

Jalan Cerita Lebih Gempak, Filem Nur Bakal Ke Pawagam Tahun Depan!

Lebih istimewa, kesemua pelakon drama Nur 2 dikekalkan untuk beraksi dalam filem itu.

Featured Thu, 5 May 2022
error: Content is protected !!