Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 14, 2021 @ 8:11pm

Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Tunda Sambut Anniversary Kahwin Ke-8 Di Langkawi

Pelakon cantik, Rozita Che Wan memaklumkan perancangannya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditunda kerana suaminya, pelakon Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana positif Covid-19 bulan lalu.

Menurut pelakon yang mesra dipanggil Che Ta itu, sehari selepas Zain diserang virus terbabit, Aaisyah juga terpalit sama.

“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di sebuah pulau persendirian di Langkawi. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu. Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya.

Tambah Che Ta, dia kurang gemar berhadapan dengan situasi sebegini namun dirinya reda.

“Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.

“Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.

“Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga. Ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19 beberapa bulan lalu,” katanya.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 7, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa

Featured Thu, 16 Apr 2026

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

Hiburan Wed, 2 Jul 2025

Elisya Sandha Hampir Alami Kemurungan, Tempat Pembedahan C-Section Luka & Dijangkiti Kuman Ketika Berpantang

Elisya Sandha hampir alami kemurungan tempat bersalin luka dan dijangkiti kuman

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Featured Wed, 9 Mar 2022
Featured Thu, 27 Oct 2022

Terpesona Dengan Suasana KL Setiap Kali Tonton Laungan Azan Di TV, Kisah Hidup Atu ‘Lari Rumah’ Selepas 17 Tahun Di Kampung Jadi Inspirasi

Sebut saja nama pelawak Atu Zero, sudah pasti ramai yang mengenali dirinya oleh kerana perwatakan lucu dan gila-gila. Terbaharu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, berkongsi kisah lampaunya mengenai dirinya yang tidak […]

error: Content is protected !!