Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin February 23, 2025 @ 10:38am

Fuji & Davina Karamoy Datang Ke Malaysia, Turun Padang Jumpa Peminat Bersama Aliff Syukri Bersempena…

Dua selebriti popular Indonesia, Fujianti Utami Putri dan Davina Karamoy hadir ke Malaysia bertemu dengan peminat.

Menjadi duta rasmi jenama fesyen terkemuka HijabistaHub, Fuji dan Davina anggun mengenakan busana koleksi Syawal jenama terbabit.

Kehadiran mereka adalah bersempena pelancaran ibu pejabat terbaharu serta kempen eksklusif Raya Paling Epik hasil kerjasama dengan Tune Talk.

Terus berkembang, jenama itu beroperasi di ibu pejabat baharu yang lebih luas, berkeluasan lebih satu ekar, dengan reka bentuk moden dan butik eksklusif di tingkat bawah.

Menurut pengasas jenama terbabit, Wanie Elena, pelancaran ini bukan sahaja simbol pertumbuhan syarikat tetapi juga satu penghargaan kepada pelanggan setia.

“Sebagai jenama fesyen yang sentiasa menghargai sokongan pelanggan, kami di HijabistaHub amat berbesar hati untuk pelancaran ibu pejabat baharu kami ini serta memperkenalkan kempen ‘Raya Paling Epik!’ – sebuah inisiatif yang benar-benar epik dan luar biasa.

“Kami mahu menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna, bukan sekadar mendapatkan pakaian bergaya dan berkualiti tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan kami untuk membawa pulang hadiah impian, termasuk sebuah rumah dua tingkat, kereta, pakej umrah, dan motosikal. Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang telah menyokong jenama ini sejak hari pertama,” katanya.

Sementara itu, pengerusi jenama terbabit, Ahmad Syafiq Hilmi, menjelaskan bahawa kempen Raya Paling Epik tahun ini lebih istimewa dengan kolaborasi bersama Tune Talk serta penyertaan duta HijabistaHub, Fuji dan Davina, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar jenama tersebut.

“Dengan setiap pembelian atau langganan istimewa Tune Talk, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah luar biasa ini, menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna.

“Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan duta HijabistaHub dari Indonesia, Fuji dan Davina, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

“Jika tahun lepas kami sudah melebarkan sayap ke negara jiran Thailand dan Singapura. Kami percaya kehadiran mereka akan membawa keterujaan baru dan mengeratkan lagi hubungan HijabistaHub dengan peminat fesyen di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Pada majlis yang sama, HijabistaHub turut mengumumkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

Dikenali sebagai seorang usahawan berjaya dalam industri fesyen dan kecantikan, pelantikan beliau dijangka membawa HijabistaHub ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif.

Sebagai pelengkap kepada kempen tahun ini, HijabistaHub memperkenalkan MUSE HijabistaHub 2025, yang menampilkan barisan selebriti popular yang akan mewakili jenama ini. Antara nama besar yang terlibat ialah Zizan Razak, Emmq Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz dan The Sara Sisters.

Kehadiran barisan selebriti ini memperkukuh daya tarikan HijabistaHub dalam industri fesyen Muslimah di Malaysia dan rantau ini.

Dengan pelbagai inisiatif baharu dan kempen menarik, HijabistaHub terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju fesyen Muslimah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Bila Anda Minum Lychee Smoothie Ini Gerenti Sedap! Jom Cuba Buat

Kalau anda nak tahu, laici adalah antara buah-buahan yang banyak manfaatkan antaranya boleh mencegah kanser, melindungi jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan mencegah anemia.

Gaya Hidup Tue, 30 Oct 2018
Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Ukur dada, punggung sendiri itu cara tepat memilih pakaian dalam anda!

Apabila si gempal memakai g-string, tidak dapat dibayangkan!

Featured Sun, 29 May 2022
Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Delete Akaun Facebook Anda Jika Ingin Hilangkan Stress, Menurut Kajian. Serious Ke?

Kalau anda tak terkesan langsung dengan insiden Cambridge Analytica, satu kajian terbaru tentang stress mungkin akan membuatkan anda ingin quit dari Facebook.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Betul Atau Tidak, 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Handbag Wanita?

Jika anda seorang wanita, membawa beg tangan adalah menjadi aksesori yang penting kan? Mana tidaknya, nak bawa macam-macam barang tak kira nak pergi ke tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Kalau macam itu, dalam […]

Featured Mon, 11 May 2020

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Ibu bapa turut diingat tidak membahayakan keselamatan anak

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Tetapkan atur cara, pasti majlis meriah dan sempurna!

error: Content is protected !!