Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 24, 2025 @ 1:05pm

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Sherry Alhadad, memuji cara dan gaya pengacaraan yang ditunjukkan Naz Rahman dan Sissy Imann ketika mengendalikan anugerah Juara Lagu ke-39 baru-baru ini.

Kata Sherry atau nama penuhnya, Sharifah Maryam Syed Abdullah Alhadad berkata,  dia gembira apabila pasangan hos Naz Rahman dan Sissy Imann berjaya memberikan nafas baharu kepada pentas anugerah berprestij itu.

Menerusi temu bual bersama XTRA, Sherry menjelaskan bahawa Sissy bukanlah datang ke pentas itu dengan tangan ‘kosong’ sebaliknya kelebihan sebagai penyanyi selain mahir dalam bidang muzik turut memberi kelancaran untuknya mengendali acara itu.

“Ketika nama Sissy dan Naz diumumkan sebagai pengacara, saya sangat gembira. Sissy juga seorang yang sangat berilmu dalam bidang muzik, jadi dia tidak kosong.

“Bila melihat Sissy dan Naz mengacara, mereka sangat berkelas. Mereka tahu apa yang mereka katakan dan mengacara dengan sangat elegan.

“Bagi seorang pengacara baru yang mengendalikan acara besar seperti itu, Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!” katanya.

Sherry berkongsi mengenai perkara itu usai majlis pelancaran lagu raya nyanyian duet bersama pelakon dan pengacara popular,  Ain Edruce berjudul ‘Balik Kampung… Gosip Raya’ yang diadakan di pusat membeli belah terkenal baru-baru ini.

Menjawab mengenai kehendak netizen yang mahu hos menyelitkan unsur lawak, Sherry menjelaskan bahawa setiap individu perlu diberikan ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat mereka.

“Kita perlu memberi peluang kepada orang lain untuk tampil. Kalau orang tidak beri peluang kepada saya dahulu, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.

“Kita belajar teknik atau mekanisme cara untuk mengacara, tetapi kita sendiri yang perlu memasukkan kelebihan diri.

“Setiap orang akan mempunyai tandatangan tersendiri. Mekanisme yang sama, tetapi cara untuk kepelbagaian mengikut diri sendiri.

“Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Sherry mengaku dia juga pernah menerima kecaman dan kritikan ketika mengacarakan AJL bersama Alif Satar.

“Masa saya jadi pengacara AJL dengan Alif Satar, orang pun memberi komen. Perkara itu pasti berlaku, tetapi saya selalu ingat untuk cuba yang terbaik.

“Jangan terus menghukum kerana kita tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya,” ujarnya.

Sebelum ini, pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos AJL39 menerima respon negatif dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, usai majlis berprestij itu berlangsung, rata-rata warganet memuji tindakan profesional Naz dan Sissy yang tidak menjadikan isu perli rakan artis sebagai topik dalam pengacaraan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Aug 2023
Featured Sun, 12 Dec 2021

“Dia Pernah Datang Masa Dia Kerja Waiter” – Aznil Nawawi Kongsi Cita-Cita Remy Ishak Jadi Pelakon Ketika…

Pelakon Remy Ishak telah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung pada Jumaat. Sejurus kemenangan itu, Remy berkongsi tentang kejayaannya di akaun Instagram dan […]

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Hiburan Wed, 29 May 2019

High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Banding, Hina Anak Artis

Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis.Setiap anak mempunyai perbezaan tumbesaran tersendiri

Hiburan Wed, 14 May 2025

“Sedihnya Hidup.. Tak Ada Bibik Macam Artis Lain” – Tyra Kamaruzzaman Terhibur Dituduh Tak Mampu Bayar Pembantu

Tyra hanya ketawa dan secara bersahaja mempersoalkan logik pemikiran individu itu

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!