Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2025 @ 12:51pm

“Sedihnya Hidup.. Tak Ada Bibik Macam Artis Lain” – Tyra Kamaruzzaman Terhibur Dituduh Tak Mampu Bayar Pembantu

“Sedihnya hidup… tak ada pembantu rumah macam artis lain.”

Itu antara komen sinis yang diterima pempengaruh dan usahawan terkenal, Tyra Kamaruzzaman, selepas berkongsi rutin hariannya sebagai seorang ibu muda.

Menerusi satu hantaran di Threads, Tyra memuat naik tangkap layar komen daripada seorang individu yang membalas Instagram Story (IGs) miliknya, baru-baru ini.

Ketika itu, Tyra sedang menjawab soalan pengikut menerusi segmen Ask Me A Question, yang bertanyakan tentang perubahan terbesar dalam hidupnya sejak bergelar ibu.

Menurut Tyra, perkara paling mencabar selepas mempunyai anak adalah kekangan masa, di mana dia perlu menyusun jadual harian dengan lebih teratur kerana tidak mampu melakukan semuanya dalam satu hari.

Namun, perkongsian jujur itu disambut dengan komen sinis daripada seorang individu yang mempersoalkan ketiadaan pembantu rumah dalam kehidupannya, seolah-olah menggambarkan dirinya tidak mampu menggaji pembantu seperti selebriti lain.

Enggan melatah atau membalas dengan emosi, Tyra sebaliknya hanya ketawa dan secara bersahaja mempersoalkan logik pemikiran individu berkenaan.

Tindak balas santai Tyra itu meraih sokongan ramai, malah rata-rata netizen memuji sikap tenang dan ‘sporting’ usahawan muda berkenaan yang bijak menangani komen-komen kurang manis di media sosial.

Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Tegur Tindakan Individu Bandingkan Warna Kulit Anak – “Tak Macam Baby Artis Tu, Putih Gebu..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

VMA 2019 is Under Fire when #VMAsRacist Trends on Twitter

They literally thought they did something, when in fact they did not! And fans weren’t having it.

Hiburan Sat, 17 May 2025

Elisya Sandha Timang Bayi Lelaki, Pilih Nama Bahtera Elhaq

Elisya Sandha selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat

Featured Mon, 10 Jul 2023

Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia tidak ada masalah dengan penampilan bekas menantunya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila dia kelihatan semakin cantik. Menurutnya, adalah wajar untuk Puteri Sarah atau lebih […]

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Saya Terdengar Seorang Wanita Nyanyi Lagu Ku Akui, Suaranya Merdu!” – Hafiz Suip Imbas Momen Berkenalan Dengan Isteri

Menurut Hafiz Suip, hubungan mereka mudah terjalin kerana isterinya memahami kerjayanya dan banyak memberi sokongan.

Featured Fri, 3 Sep 2021
error: Content is protected !!