Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 8:50am

Teruskan Program Kongsi Rezeki Infaq Ramadan Tahun Ini, Putra Amaris Bersyukur Pemuda Sumbangkan 2 Buah MPV Bantu Maahad Tahfiz

Menerima dua kenderaan jenis kenderaan serba guna (MPV) daripada seorang pemuda untuk disumbangkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat, pelakon Putra Amaris meluahkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah.

Menurut Amaris, atau nama sebenarnya Amran Ismail, 40, dia tidak menyangka pusat tahfiz tersebut akhirnya mempunyai kenderaan rasmi yang boleh digunakan untuk keperluan harian.

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini cukup baik. Anak-anak tahfiz ini selalu tanya saya, bila mereka boleh dapat van untuk kegunaan harian seperti ke masjid.

“Selalunya anak-anak ini akan menggunakan kereta arwah ayah saya untuk bergerak ke mana-mana.

“Tak sangka doa kami dimakbulkan apabila kami menerima hadiah dua buah kereta jenis MPV daripada seorang anak muda lingkungan 30-an,” katanya.

Amaris berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Program Kongsi Rezeki Infaq Ramadan 2025 #SamaSamaKenyang, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Ini Janjiku itu turut memaklumkan kenderaan tersebut telah mula digunakan oleh kanak-kanak pusat tahfiz berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Kita doakan semoga hamba Allah yang menginfaqkan dua buah kereta itu diberikan rezeki yang luas.

“Saya memang mengenali rapat pemberi ini. Orangnya memang baik. Sebelum ini kami ada mohon bantuan kepadanya.

“Alhamdulillah mereka sudah menggunakan kereta itu beberapa bulan yang lalu. Saya gembira melihat mereka tersenyum dan gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Amaris turut berkongsi mengenai program Kongsi Rezeki: Infaq Ramadan 2025 yang menyasarkan untuk membantu seramai 1,000 orang asnaf, termasuk anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, penghuni rumah orang tua, serta golongan gelandangan.

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha murni kami untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat ini.

“Program Kongsi Rezeki 2025 Infaq Ramadan mendapat kerjasama daripada jenama SoftRein dan Biofitrah dalam misi mengedarkan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Program Kongsi Rezeki bakal menganjurkan Majlis “Tahfiz Berselawat”, yang akan menghimpunkan seramai 100 anak-anak tahfiz dari sekitar Kuala Lumpur. Majlis ini merangkumi acara berbuka puasa amal, selawat bersama anak-anak tahfiz, serta tazkirah ringkas daripada ustaz. Ia bertujuan mengumpul dana melalui penjualan meja dan akan diadakan di Warung Pagi Pagi pada 15 Mac 2025. Kesemua hasil kutipan daripada jualan meja akan disalurkan terus kepada Maahad Tahfiz.

Sementara itu, pada 22 Mac 2025, Majlis Tahfiz Berselawat turut akan dianjurkan di Saloma, Kuala Lumpur. Sebanyak 30 meja dengan kapasiti 300 tempat duduk disediakan untuk jualan, dan hasil kutipan akan disumbangkan kepada Maahad Tahfiz serta sebahagian daripadanya akan diinfaqkan kepada pesakit kanser kanak-kanak menerusi Adina Charity Circle. Selain itu, dana juga akan dikumpulkan untuk membantu anak-anak pejuang kanser di seluruh Malaysia bagi mendapatkan pakaian sekolah, pakaian raya, serta keperluan harian seperti lampin pakai buang dan susu bernutrisi.

Selain inisiatif tersebut, Kongsi Rezeki turut bekerjasama dengan rumah orang-orang tua Mesra Home Ampang bagi mengumpul dana melalui penjualan buku “Aku Penjaga Nenek”. Hasil daripada penjualan buku ini akan membantu penjaga di rumah kebajikan tersebut dalam menguruskan lebih 20 warga emas yang tidak mempunyai waris.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program Kongsi Rezeki bersama para sukarelawan akan menyantuni golongan asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur dan Malaysia. Bantuan yang akan diagihkan merangkumi 1,000 set bakul makanan, 1,000 kampit beras, makanan sedia dimakan serta sumbangan lain yang bersesuaian. Diharapkan program ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada badan korporat dan individu untuk turut serta dalam usaha infaq dan kebajikan.

Sebagai tambahan, Kongsi Rezeki akan bekerjasama dengan Today Assist dalam menyediakan platform infaq digital. Semua program yang dirancang akan disenaraikan di platform ini, membolehkan orang ramai membuat sumbangan dengan mudah di mana sahaja mereka berada. Senarai rumah kebajikan juga akan disediakan, dan penderma boleh memilih destinasi sumbangan mereka serta membuat pembayaran secara terus dengan hanya beberapa langkah mudah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Oct 2024

Siapakah Bakal Merebut Gelaran Juara #XTRAXSTAR2024? Jom Recap Lima Video Top Peserta

Wah, tak sabarnya min nak tunggu finale #xtraxstar2024 ni!

Featured Wed, 10 Jun 2026

Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

Remy Ishak enggan melatah isu provokasi nama digugurkan akibat hasad dengaki rakan seperjuangan.

Hiburan Tue, 19 May 2026
Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Mon, 19 Jan 2026
error: Content is protected !!