Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2026 @ 12:11pm

Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

“Perkara itu normal. Sampai sekarang pun masih berlaku. Ada beberapa projek yang saya malas nak cakap, tetapi tak mengapalah”.

Demikian luahan pelakon popular, Datuk Remy Ishak susulan provokasi yang terimanya sebelum ini melibatkan namanya digugurkan daripada projek filem gara-gara hasad dengki rakan seperjuangan.

Kata Remy, perkara itu berlaku selepas dia menerima skrip dan dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp produksi namun, ada pihak yang sanggup meletakkan syarat kepada penerbit supaya namanya digugurkan jika projek berkenaan ingin diteruskan.

“Perkara itu sampai sekarang pun masih berlaku. Ada beberapa projek yang saya malas nak cakap, tetapi tak mengapalah.

“Setiap orang ada fasa masing-masing. Saya terima sahaja dan bersabar. Insyaa-Allah,” katanya.

Remy berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai sesi tayangan khas bersama media filem Khadam yang berlangsung di GSC, Mid Valley pada Selasa.

Enggan melatah dengan isu yang berlaku, Remy bagaimanapun percaya bahawa rezeki setiap individu telahpun ditetapkan Allah SWT.

“Saya orang yang terluka, tetapi tidak mengapalah. Saya percaya pada rezeki. Kalau orang tutup satu pintu rezeki kita, Allah akan buka sepuluh lagi pintu.

“Saya sentiasa pegang prinsip itu. Jadi walaupun pernah digugurkan atas sebab tertentu, saya cuba untuk terus positif,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon filem seram thriller, Khadam ini mengakui, dakwaan dan hasutan yang timbul memberi kesan kepada perjalanan karier seninya apatah lagi ada peminat menganggap dia kini sudah tidak lagi aktif berlakon.

“Orang ingat saya senyap dan tak nak berlakon lagi, padahal saya sendiri ak ada kerja pada ketika itu. Saya pun tak tahu kenapa.

“Alhamdulillah tahun ini ada Kifarah, Mikael dan Khadam. Sebelum itu, orang tertanya-tanya ke mana saya menghilang, sedangkan saya sendiri rasa seperti ‘ditanam’,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khadamthemovie

 

Ketika disoal mengenai identiti individu yang cuba menjatuhkannya, Remy menganggap apa yang berlaku sebagai sebahagian daripada adat persaingan dalam industri seni.

“Cukuplah, benda dah berlaku. Ada yang baharu dan ada juga yang seangkatan dengan saya. Ini persaingan dan juga perniagaan.

“Orang baik memang selalu kena pijak kan? Begitulah. Tetapi tak mengapa, saya reda… Saya percaya Allah SWT dah sediakan jalan untuk saya.

“Tutup macam mana pun Allah bagi peluang lagi. Insya-Allah. Doakanlah saya,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi sesi temu bual bersama audio siar SembangOhhYeah, Remy mendedahkan, wujud cubaan pihak tertentu yang menghasut penerbit filem untuk menggugurkan namanya daripada sebuah projek.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Jun 2019

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃:有创意耶~

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Cahaya Mata Sat, 24 Dec 2022

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja. @memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa.. […]

Trending Mon, 15 Oct 2018
Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

error: Content is protected !!