Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 15, 2026 @ 10:17am

Teroka Bidang Pelancongan & Pertanian Di Pahang! Fizz Fairuz Bangunkan Resort Glamping Di Ulu Dong, Raub

Pelakon Datuk Fizz Fairuz, 47, kini mengorak langkah dalam bidang baharu apabila memilih untuk menceburi sektor pelancongan dan pertanian sebagai perancangan jangka panjang.

Menurut suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini, dia sedang membangunkan sebuah resort bersama tapak perkhemahan mewah atau glamping di atas tanah seluas tiga ekar miliknya yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang.

“Alhamdulillah, hujung tahun 2024 saya berjaya beli tanah di Kampung Perwas, Ulu Dong. Tanah itu seluas tiga ekar dan sekarang sedang siapkan resort glamping di situ. Pembinaan pun sudah hampir siap.

“Di kawasan itu juga ada kebun durian dengan kira-kira 32 pokok, selain kolam ikan dan rumah,” katanya kepada XTRA.

Fizz berkongsi perkembangan tersebut ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @pahangfirstdotcom

Menurutnya, resort berkenaan dijangka dibuka kepada orang ramai selepas sambutan Aidiladha tahun ini sekiranya semua perancangan berjalan lancar.

“Insya-Allah kalau semuanya dipermudahkan, selepas Raya Haji nanti kami akan mula buka kepada pengunjung. Lokasinya mudah diakses, betul-betul di tepi jalan dan kawasan sekitarnya sangat cantik, berhampiran sungai,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dalam masa sama, Fizz mengakui minat terhadap dunia pertanian sudah lama sebati dalam dirinya.

“Memang dari dulu saya minat bercucuk tanam. Walaupun tinggal di kawasan perumahan, saya tetap cari ruang di balkoni untuk tanam macam tembikai dan sawi. Syukur saya berjaya beli tanah untuk gapai impian saya,” katanya.

Dalam acara Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026, Fizz bertindak selaku hos bersama Noorkhiriah dan Lan Siro.

Lebih 10,000 anak kelahiran Pahang yang berada di luar negeri itu khususnya di sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026.

Diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ini kali ketiga kerajaan Pahang menganjurkan program itu dengan kali pertama di Stadium Titiwangsa di sini, pada 2024 dan disusuli di Dewan Perdana FELDA pada tahun lalu yang menerima sambutan luar biasa.

Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz, BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

BLACKPINK’s Members Start Their Own Instagram Accounts!

Here’s 4 new accounts you have to follow.

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
Events Sat, 24 Feb 2018

DFKL 2018 INI BAKAT YANG KAMI CARI!

Menurut pelakon dan pengarah terkenal yang juga merupakan Juri Kreatif pada siri jelajah DFKL2018 di Johor Bahru ini, Sheila Rusly atau lebih gemar dipanggil Sis, berharap mahu melihat peserta yang hadir untuk diujibakat datang dengan persiapan dan idea yang baru serta bernas

Hiburan Thu, 9 May 2024
Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Datuk Seri Aliff Syukri mengaku dia berjaya meraih lebih RM200,000 dalam masa dua jam lebih.

Trending Thu, 4 Oct 2018

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah…

error: Content is protected !!