Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 17, 2018 @ 11:23am

Golongan LGBT Perlu Hak Sama Rata, Jangan Diskriminasi

“ Golongan LGBT tidak harus tercicir hak untuk mendapatkan keadilan,” demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung isu yang kini hangat dibincangkan.

Gambar sekadar hiasan

Tambah beliau, golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

“Mengenai hak kewarganegaraan, mereka tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja atau dalam isu lain,” kata beliau kepada pemberita ketika beliau ketika ditemui di lobi parlimen selepas pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

Beliau berkata Numan telah meletak jawatan secara sukarela dan ia tidak sepatutnya menjadi isu, melainkan ada bukti bahawa dia dipaksa berbuat demikian.

Bagaimanapun, Mujahid yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf golongan itu.

“Dari segi undang-undang, tidak timbul perkara seperti memberi pengiktirafan, hanya ada hak kewarganegaraan,” kata beliau.

Beliau juga berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan program yang positif untuk mendekati golongan itu, dan memulihkan mereka secara afektif dan membawa mereka semula ke pangkuan masyarakat.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Thu, 20 Nov 2025

“Cakaplah Apa Pun, Itu Urusan Mereka Dengan Allah” – Fazura

Individu tersebut mendakwa aktres itu bertindak ‘membuli’ malah berkongsi semula foto milik anaknya.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Dituduh Jadi Penyondol, Bekas ‘Stylist’ Selebriti Tampil Bersuara!

Bekas stylist Fazura tampil bersuara dakwaan jadi penyondol buat kali kedua

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Alamak, kecewa betul ni peminat pasangan sejoli ini 😅😫 Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan 🫠Doakan je baik baik 😌🥰

Featured Mon, 8 May 2023
Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

error: Content is protected !!