Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 28, 2025 @ 5:20pm

Langgar Dua Perjanjian Kontrak, Anak Shiela Rusly Failkan Tuntutan RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok

Pemilik syarikat LXM Resources, Uzair Haqimy Azman, yang juga anak kepada pelakon Sheila Rusly, telah memfailkan saman kepada syarikat WD Food Group Srn Bhd (defendan), milik pempengaruh terkenal, Wak Doyok atas kegagalan membayar dua kontrak perjanjian berjumlah RM808,260.

Menurut Uzair, syarikatnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan logistik dan telah menandatangani dua perjanjian sewa kenderaan dengan WD Food Group yang dipersetujui pada 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2024 masing-masing melibatkan tempoh kontrak selama 48 bulan.

Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, selaku pemegang saham terbesar syarikat tersebut, didakwa gagal menjelaskan bayaran tertunggak bagi kedua-dua perjanjian tersebut, termasuk penalti, yang keseluruhannya berjumlah RM808,260.

“Setakat ini, defendan hanya membuat pembayaran sebanyak RM24,930 bagi kedua-dua perjanjian tersebut tetapi gagal meneruskan bayaran berikutnya,” kata peguam mewakili LXM Resources, Ismail Mohamed Arifin.

Dalam pada itu, Uzair juga menegaskan bahawa pihaknya telah cuba menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberikan peluang kepada defendan untuk melunaskan bayaran sebelum tindakan undang-undang diambil.

Namun, selepas beberapa kali gagal mencapai persetujuan, pihak Uzair dan peguam akhirnya membuat keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Suami kepada pelakon Elisya Sandha itu turut memaklumkan bahawa kali terakhir mereka berhubung dengan pihak WD Food Group bagi membincangkan isu ini adalah pada September tahun lalu, namun tiada sebarang penyelesaian dicapai.

Uzair membuat kenyataan ini ketika ditemui dalam sidang media berkenaan tuntutan guaman terhadap WD Food Group yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Ismail turut menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar notis tuntutan kepada WD Food pada 23 Disember tahun lalu.

“Disebabkan tiada maklum balas daripada pihak defendan, kami telah memfailkan tuntutan saman pada 28 Januari 2025.

“Hari ini, 28 Februari, merupakan tarikh pengurusan kes, dan kami dimaklumkan bahawa WD Food Group telah melantik peguam untuk mewakili mereka,” katanya.

Uzair berharap agar tindakan undang-undang ini dapat memberikan keadilan kepada syarikatnya serta menjadi pengajaran agar perjanjian perniagaan dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

Kata Abby, dia dan Elite sempat bersama untuk dua album sahaja manakala dua lagi album lain sangat asing baginya.

Trending Fri, 21 Aug 2020

Netizen Takut Wujud Kluster Langkawi, Gara-Gara Lelaki Gelang Pink Ini

Semoga lelaki gelang pink ini terus patuh SOP

Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

error: Content is protected !!