Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 28, 2025 @ 8:52pm

DOLLA & Tobii Bersatu, Lagu ‘Bad Girls Like You’ Diberi Sentuhan Unik

Bintang Def Jam Thailand, Tobii, bakal berkolaborasi dengan kumpulan gadis sensasi Malaysia, DOLLA, dalam versi Inggeris lagu hit “Bad Girls Like You”.

Lagu asal yang popular dalam genre Afrobeats kini diberi nafas baharu dengan sentuhan unik kedua-dua artis.

Menurut kenyataan media, kerjasama antara dua bintang Asia Tenggara ini menggabungkan elemen pop moden dan R&B, menghasilkan sebuah karya segar yang pastinya dinantikan peminat.

Mewakili DOLLA, Tabby menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu peluang yang sangat bermakna dan pengalaman luar biasa buat mereka.

“Sungguh satu penghormatan bagi kami. Saya rasa pasukan kami dan Tobii bekerjasama dengan baik, dan mereka menjemput kami untuk bergabung dalam lagu ini, versi Inggeris.

“Kami sangat bersyukur atas jemputan ini dan sangat teruja menjadi sebahagian daripada lagu ini. Ia adalah pengalaman yang hebat mencuba sesuatu yang baru, terutamanya untuk DOLLA, dan lagu ini sangat sesuai dengan kami.

“Kami bertemu dengan Tobii sebelum ini, dan dia seorang yang sangat baik. Harap, ini akan membawa lebih banyak kolaborasi antarabangsa dengan artis lain pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Sabronzo berkongsi pengalaman mereka sepanjang sesi rakaman yang berjalan dengan lancar, terutamanya dalam aspek pembahagian lirik dan penyesuaian vokal.

“Proses rakaman untuk versi Inggeris ‘Bad Girls Like You’ berjalan dengan lancar. Kami bekerjasama untuk membahagikan lirik dan menentukan arah yang ingin kami ambil untuk bahagian vokal kami, dan saya rasa ia mencerminkan rasa DOLLA,” katanya.

Dalam pada itu, Angel turut menyuarakan harapan agar mereka berpeluang membuat persembahan lagu ini bersama Tobii di Thailand pada masa hadapan.

Lagu “Bad Girls Like You” versi Inggeris ini dijangka mendapat sambutan hangat, sekaligus memperkukuhkan nama DOLLA di persada antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020
Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Cahaya Mata Sat, 18 Jun 2022

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

Tahniah buat Elisya dan Uzair ❤️ Wah, mesti sis Sheila Rusly & Tok Sidang happy dah naik pangkat jadi Nana & Dada 😍 Apapun selamat berpantang buat Elisya Sandha 🥰

Trending Fri, 31 May 2019

宠物学校「小朋友午睡照」意外爆红!

宠物学校「小朋友午睡照」意外爆红!网友惊讶:没想到睡觉也是训练内容。

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

《娱协30》第二轮入围名单

《娱协30》第二批入围名单!最佳流行音乐专辑共有22张专辑报名,黄明志将力拼Aki黄淑惠、SHIO郭修彧、Von Lee及林文荪4位女将争奖。而最佳迷你流行专辑则有多达27张专辑相争,抢得入围名额的张栋梁则将和4位女将云镁鑫、赖淞凤、何芸妮和黄若熙互别苗头。

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!