Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2025 @ 3:14pm

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Jenazah isteri kepada pempengaruh dan usahawan popular, Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan pada jam 9 pagi, pada Sabtu.

Difahamkan, seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Sementara itu, jenazah Akiko disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor.

Anak lelaki tunggal arwah iaitu, Sky Taizo Okumura kelihatan membantu bapanya mengebumikan jenazah ibunya.

Malah, Ridzuan  juga sempat meletakkan bunga ros berwana merah di atas pusara isteri tercinta.

Ditanya mengenai punca kematian Akiko, Ridzuan atau nama penuhnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib,50, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih di atas pemergian isterinya.

Terdahulu, pada Jumaat, berita kematian Akiko mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan selebriti selepas Ridzuan memuat naik hantaran memaklumkan isterinya telah meninggal dunia.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga bersama Akiko pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurnikan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, 13.

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Teruk betul komen komen yang Puteri Balqis terima, tapi setiap jawapan dibalas padu penuh sarkastik! Yang berani komen macam macam tu, jangan nangis tepi bucu katil sudahh la ya 🤭

Featured Mon, 13 Jan 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Ketika serbuan dilakukan, kelibat Che Ta dan suami tiada di rumah

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Bitter Sebab Diri Tu Bitter Dengan Life Sendiri Kot?” – Fazura

Fazura tampil membalas kenyataan individu berkenaan dan menegaskan, pihak yang kurang senang dengan kenyataannya itu mungkin mengalami masalah sehingga sanggup berfikiran negatif terhadap orang lain.

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

error: Content is protected !!