Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2025 @ 5:04pm

Atikah Suhaime Sarat Hamil Tapi Tetap Rajin Masak Untuk Keluarga, Netizen Doa Dipermudah Urusan Bersalin

Pelakon, Datin Atikah Suhaimi sekali lagi meraih perhatian selepas berkongsi beberapa video dirinya menyediakan menu sahur untuk keluarga mentuanya.

Menerusi video tersebut, Atikah berkongsi dirinya memasak sempena Ramadan untuk sembilan orang meskipun sedang sarat mengandung dan hanya menanti hari untuk bersalin.

Meninjau ke ruangan komen, Atikah meluahkan rasa syukur apabila dia dikurniakan seorang ibu mentua yang sangat baik, selain ahli keluarga yang menghargai masakannya.

Meskipun ada pembantu rumah, namun segala persiapan untuk memasak disediakan oleh dirinya sendiri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji Atikah yang gigih memasak untuk keluarga walaupun dirinya menunggu hari untuk melahirkan puteri sulung.

@atikahsuhaimeeee

Tika kembali untuk Sahur! Kali ni sahur untuk 9 orang! Enjoy… 💕 #fyp #ramadhan #tiktokmalaysia #oxtailsoup #sahur

♬ Marhaban Ya Ramadan – TonsTone

Sebelum ini, nama Atikah menjadi sorotan ramai yang dipuji merendah diri selepas berkongsi dirinya hanya membeli barangan bayi secara atas talian di platform TikTok.

Artikel Berkaitan: Beli Barang Baby Di TikTok, Atikah Suhaime Dipuji Merendah Diri – “Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Belanja Macam Orang Biasa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Ish ish siapa lah yang buat cerita tu? Happy je suami isteri ni

Hiburan Sun, 17 Sep 2023
Trending Tue, 4 May 2021
Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

云顶户外主题乐园即将营业!号召全国演艺人参与开幕仪式

如果您是一个充满热情、活力及拥有非凡才艺的表演者,云顶世界需要您!

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。

error: Content is protected !!