Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2025 @ 12:20pm

“Kalau Mahu Buat Benda Baik, Harus Jemput Mereka Yang Mahu Bersama” – Nora Danish Tak Kekok Hadir Majlis Ilmu Bersama Bekas Suami

Meskipun sudah berpisah, pelakon jelita Nora Danish tidak kekok menghadiri majlis ilmu bersama bekas suaminya, Nedim Nazri.

Kata Nora, dia tidak melihat salahnya jika mahu berbuat kebaikan apatah lagi Nedim juga adalah bapa kepada anaknya.

“Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya.

“Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya.

“Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Nora juga mengaku, sepanjang Ramadan dia mahu meluangkan masa bersama keluarga termasuklah mahu khatam bacaan al-Quran.

“Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri.

“Saya mahu khatam al-Quran, insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Mengulas lanjut mengenai perasaannya menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, Nora berkata, ia adalah pengalaman yang berbeza memandangkan sebelum ini dia berasa sedikit takut.

“Sebelum ni, saya lebih kepada perasaan takut, tapi kali ini saya mahu mencari cinta Allah. Jadi, ia agak berbeza.

“Dulu bila tengok ramai orang, rasa risau, tapi kali ini seronok berhimpit mencari keredaan Allah,” jelasnya.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 May 2020
Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

Trending Tue, 10 Jul 2018

Ombak Awan, Momen Aneh & Luar Biasa Kini Melanda Sabah

Ombak awan yang berlaku dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Events Tue, 17 Jan 2023

“Saya Terkejut…” – Nyanyian Ada Peningkatan, Khai Bahar Kagum Semangat Nabila Razali

Penyanyi Khai Bahar memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan rakan duetnya menerusi lagu Selagi Kau Ada, Nabila Razali apabila penyanyi itu tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi lebih baik. Menurut Khai, terlalu […]

Featured Thu, 14 Jun 2018
Trending Thu, 28 Jun 2018

19岁雀斑妹粉丝破百万!每天晒名牌 自爆「我不是人」

加州19岁网红蜜葵拉在IG上拥有120万粉丝,然而,她4月时坦承「我不是人类,我是一个机器人。」

error: Content is protected !!