Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2025 @ 3:59am

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Pelakon terkenal Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram Stories.

Fattah memuat naik tangkap layar diambil di akaun Instagram anaknya yang menunjukkan Fatima sedang diberi ubat, menandakan puteri tunggalnya dalam keadaan tidak sihat.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memperlihatkan Fatima yang mengatakan dia ‘tak sayang daddy’.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima Cakap ‘Tak Sayang Daddy’, Cara Nur Fazura Pujuk Anak Jadi Perhatian – “Tak Boleh Cakap Macam Tu…”

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian mereka mengkritik dah menyalahkan bekas isteri Fattah, pelakon Nur Fazura.

Tidak selesa dengan kritikan warganet, Fattah tampil mempertahankan bekas isterinya dengan menegaskan Fazura telah membesarkan Fatima dengan cara terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Komen Bukan-Bukan Terhadap Bekas Isteri, Fattah Amin Pertahankan Nur Fazura.. Peminat Puji: “Ini Yang Kita Mahukan”

Fattah juga menegaskan netizen tidak mengetahui keseluruhan cerita dan tidak sepatutnya melemparkan komen negatif terhadap Fazura.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Namun, pada Oktober 2024, pasangan ini sah bercerai talak satu.

Dalam pada itu, drama Keluarga Itu yang menampilkan lakonan hebat Fattah bersama bintang berbakat lain seperti, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi sedang hangat disiarkan.

Jangan lupa saksikan drama lakonan Fattah, Keluarga Itu pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Jul 2018

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Balqis berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer.

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

Featured Thu, 4 Aug 2022

Anggota Trafik Iringi Anak Ahli Parlimen Dikenakan Tatatertib

Nampaknya ramai yang tak puas hati mengenai isu ni yaa?

Featured Fri, 19 Jan 2024

Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Susulan kontroversi dan provokasi yang timbul mengenai penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander, Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd Aminuddin […]

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina. Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas […]

Featured Wed, 10 Jul 2024
error: Content is protected !!