Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 8, 2025 @ 1:44pm

[VIDEO] Coretan Achey Buat Tiara, Sebak & Sarat Kasih Seorang Ayah – “Tolong Bawa Perkara Baik Sampai Dewasa Ya Nak…”

Pelakon dan pelawak terkenal, Achey, menyentuh hati ramai apabila berkongsi sebuah coretan penuh kasih buat puteri kesayangannya, Nur Tiara Zinnirah.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Achey, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, menitipkan harapan agar setiap insan yang terhibur dengan keletah anaknya turut menyelitkan doa yang baik buat perjalanan hidupnya.

“Kadangkala dia tak tahu pun dia pernah hiburkan rakyat Malaysia. Apa yang ayah harap bila orang suka awak, terselit doa baik untuk proses awak membesar. Menjadi insan yang baik. Amin,” katanya dalam video memaparkan anaknya sedang tidur.

Dalam ruangan kapsyen, Achey turut menitipkan pesanan penuh makna kepada puterinya, mengingatkan agar sentiasa menjadi insan yang berbudi pekerti..

“Minta maaf kalau ayah mama bukan yang terbaik untuk awak.. Setidaknya, jika doa ayah tidak cukup, mungkin orang lain boleh ‘cover’.

“Dah besar nanti awak boleh tengok balik coretan, suntingan, yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak disayangi masyarakat. Tolong bawa perkara baik-baik sampai ke dewasa ya nak..,” luahnya.

Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara yang kini berusia enam tahun sebagai anak angkat pada 2018.

@achey_kintangkintung

Entah lahh main perasaan plak pagi sahur ni… sory nak kalau ayah mama bukan yang terbaik untuk awak… setidaknya jika doa ayah tidak cukup… mungkin orang lain boleh cover 😅… dah besar nanti awak boleh tgk balik coretan,suntingan yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak di sayangi masyarakat .. please carry benda perkara baik sampai ke dewasa nak.. .. – ayah – #tiaracandy @tiaracandy_official @anne_achey21

♬ Buah Hati – Armada

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jan 2018

Aku, Suami & Anak Di Sahkan Postif HIV …

Saya rasa dunia bagai terhenti seketika apabila secara tidak sengaja menjalani ujian darah di sebuah klinik kerajaan yang kemudiannya disahkan positif HIV,

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Hiburan Thu, 19 May 2022

Masih Laku Di Usia 51, Eizlan Yusof Terkejut Dapat Tawaran Lumayan

Eizlan Yusof bakal jadi duta sebuah syarikat gergasi

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

Selebriti Fri, 10 Nov 2023
error: Content is protected !!