Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2025 @ 1:08pm

[VIDEO] Fattah Amin Tersasul Panggil Amira Othman ‘Yang’, Netizen Usik Manja! – “Dah Kantoi, Dua-Dua Gelabah Keluar Screen”

Kemesraan antara pelakon popular, Fattah Amin, dan penyanyi jelita, Amira Othman, sekali lagi mencuri perhatian ramai ketika mereka menghadiri sebuah acara di Singapura baru-baru ini.

Dalam satu video potongan sesi siaran langsung yang kini tular di TikTok, Fattah secara tidak sengaja tersasul memanggil Amira dengan panggilan mesra, ‘yang’.

“Ya Allah, yang…,” ujar aktor kacak itu sebelum menyedari kesilapannya.

Amira yang berada di sebelahnya terus memandang ke arah Fattah sebelum mereka berdua ketawa bersama, seolah-olah memahami situasi yang mencuit hati itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik manja Fattah dan Amira gara-gara panggilan ‘Yang’ itu.

Malah, netizen juga terhibur dengan interaksi spontan tersebut dan berseloroh Fattah dan Amira kelihatan begitu serasi bersama.

Bagaimanapun, sebelum ini kedua-dua pihak Fattah dan Amira menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja sahaja.

@__kinli

apa YANG????? hahahahahahahahhahaha kantoi!! #amiraothman #fattahamin

♬ original sound – Kin Li – Kin Li

Dalam pada itu, drama Keluarga Itu yang menampilkan lakonan hebat Fattah bersama bintang berbakat lain seperti, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi sedang hangat disiarkan.

Jangan lupa saksikan drama lakonan Fattah, Keluarga Itu pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

Hiburan Tue, 19 May 2026

Ramai Cuba ‘Melobi’ Tawar Wang Cecah RM30 Juta, Adi Putra Tegas Tolak Rasuah Demi Prinsip

Adi memaklumkan tawaran tersebut bukan berkaitan kerjaya seni lakonannya, sebaliknya melibatkan urusan lain yang enggan diperincikan

error: Content is protected !!