Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2025 @ 4:13pm

“Setiap Hari Kami Baca 50 Muka Surat” – Nora Danish Khatam Al-Quran Dalam Masa 10 Hari

Pelakon popular, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila dapat menghabiskan bacaan al-Quran nya dalam tempoh 10 hari.

Selain menyifatkan ia hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke -43, Nora juga mengaku, ini adalah pencapaian paling berharga dan pengalaman luar biasa dalam hidupnya.

“Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari. Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat Al-Quran.

“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain.

“Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Mengulas lanjut, pelakon yang popular menerusi drama Puteri itu menganggap, faktor usia bukanlah penghalang untuknya berubah menjadi lebih baik.

Sebaliknya, sentiasa berusaha untuk menjadi versi terbaik termasuklah bab mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini.  Memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.

“Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya berusaha untuk menjadi lebih baik.  segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” jelasnya.

Terdahulu, Nora memaklumkan sepanjang Ramadan ini, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga termasuklah mahu khatam bacaan al-Quran.

“Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri.

“Saya mahu khatam al-Quran, insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga,” kongsinya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 May 2024
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

《百爆秒剧》在马来西亚正式启航!60秒「剧」精彩

电影公司《百爆秒剧》马来西亚正式启航!9月正式开拍四部「秒剧」大片,势必改变观众观影的口味。

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Hiburan Thu, 23 Jan 2025

Cinta Kembali Bertaut, Sufian Suhaimi Rancang Berkahwin Tanpa Bertunang 

Sufian Suhaimi kembali bercinta dengan Rania Al Sadat

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Bob Lokman Telan 12 Biji Ubat Sehari

Bob tetap bersyukur diberikan Allah  peluang hidup hampir 60 tahun dan menganggap ujian yang diterima ini sebagai pengajaran untuknya menghabiskan usia.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

Ramai Peminat Tak Percaya Che Ta Potpet Berlakon Dalam Keluarga Itu – “Mereka Kata Suara Sama, Tapi…”

Ada peminat tidak percaya Che Ta Potpet membintangi drama bersiri Keluarga Itu.

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Hamil Anak Kelima, Liza Hanim Kongsi Pengalaman Cemas

Dalam masa sama, Liza memohon peminat mendoakan agar kandungannya terus sihat agar dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

PASANGAN POPULAR DEMAND?

Terdahulu, selebriti kacak ini pernah menerima bayaran RM 500,000 daripada syarikat telekomunikasi itu untuk bergelar duta

error: Content is protected !!