Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2025 @ 4:02pm

Ramai Peminat Tak Percaya Che Ta Potpet Berlakon Dalam Keluarga Itu – “Mereka Kata Suara Sama, Tapi…”

Pempengaruh dan usahawan, Rozita Baharom atau Che Ta Potpet mendedahkan ada peminat tidak percaya dia membintangi drama bersiri Keluarga Itu.

Membawakan watak peguam kepada Ansara yang dilakonkan oleh Fattah Amin dalam naskhah terbitan Erma Fatima itu, peminat ragu-ragu kerana karakter sebagai pengamal undang-undang berbeza dengan perwatakan sebenar Che Ta di luar.

“Drama bersiri Keluarga Itu merupakan drama bersiri pertama lakonan saya. Alhamdulillah, Erma memberi peluang untuk saya mengasah bakat biarpun hanya membawa watak kecil.

“Saya sendiri tak sangka drama bersiri ini meninggalkan impak terhadap saya kerana ramai yang mula menegur selepas saya membintangi Keluarga Itu.

“Ketika saya buat sesi siaran langsung di TikTok, orang bertanya betul ke saya yang jadi peguam kepada Fattah? Peminat keliru dan tak percaya, mereka mengatakan suara seakan sama namun penampilan berbeza.

“Dalam drama bersiri itu, watak saya memakai tudung dan saya memegang karakter seorang peguam. Menjadi pengamal undang-undang, saya harus kelihatan serius. Peminat tak percaya kerana di luar saya berpewatakan ceria dan ‘happy go lucky’ sahaja,” kata Che Ta.

Mula mendapat tawaran lain untuk membintangi drama bersiri dan telefilem, Che Ta masih belum membuat keputusan kerana dia masih menetap di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah, biarpun watak saya kecil sahaja dalam Keluarga Itu, beberapa penerbit mula perasan kehadiran saya dan memberikan tawaran lain

“Setakat ini, saya masih belum memberikan jawapan kerana saya masih berulang alik Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Saya ada perancangan pindah di Kuala Lumpur, tetapi saya tak boleh tinggalkan Pulau Pinang kerana bapa saya sakit.

“Selepas ini, jika saya diberikan kesempatan berlakon lagi, saya mahu memegang watak berbeza dan lebih memberikan impak,” katanya.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Drama ini mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 10 Nov 2017

大马演员钟玉芳入围《亚洲电视大奖》戏剧类最佳女主角

2017年《第22届亚洲电视大奖》在日前宣布入围名单,本地艺人钟玉芳凭都市奇幻剧《美丽新世界》里的第一单元《乌鸦》中饰演的母亲一角,成功入围戏剧类最佳女主角奖项。

Trending Fri, 13 Mar 2020

Seorang Wanita Buta Pernah Meramal Wabak Covid-19 Pada Tahun 1996!

SEORANG wanita pernah menggemparkan dunia suatu waktu dahulu apabila pernah membuat ramalan tentang Brexit, satu serangan menara berkembar WTC beberapa dekad lalu. Hari ini nama wanita itu mula diperkatakan dan menjadi perhatian sekali lagi apabila […]

Events Sun, 10 Nov 2024

Siti Saleha Mengaku Sudah Bertunang Dengan Pereka Fesyen Ternama

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu berkongsi berita gembira kepada peminat bahawa dia kini sudah bertunang dengan Joshua Fitton.

Featured Sat, 17 Dec 2022

Lagu Cinta Simbolik MonoloQue Kembali Ke Pangkal Jalan

Kumpulan MonoloQue kembali memberi fokus kepada irama dan lagu dengan buah tangan baharu berjudul Lagu Cinta. Lagu Cinta adalah gambaran awal kepada peminat bahawa berkemungkinan album ketiga mereka akan dikeluarkan. Selain itu, Lagu Cinta berkonsep […]

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
error: Content is protected !!