Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 13, 2020 @ 2:48pm

Seorang Wanita Buta Pernah Meramal Wabak Covid-19 Pada Tahun 1996!

SEORANG wanita pernah menggemparkan dunia suatu waktu dahulu apabila pernah membuat ramalan tentang Brexit, satu serangan menara berkembar WTC beberapa dekad lalu. Hari ini nama wanita itu mula diperkatakan dan menjadi perhatian sekali lagi apabila dikatakan pernah meramal tentang wabak jangkitan Covid-19. 

Baba Vanga yang telah meninggal dunia merupakan seorang wanita yang berasal daripada Bulgaria dikatakan pernah memberi amaran tentang wabak Covid-19 ini pada tahun 1996  lalu. 

Hal ini diperkatakan sendiri oleh seorang pengikut Vanga iaitu Neshka Stefanova,73. Neshka menceritakan, Vanga  pernah membuat ramalan mengenai wabak yang sedang digeruni penduduk dunia pada waktu ini ketika melawat wanita itu sekitar 24 tahun yang lalu. Pada waktu, Vanga berusia 84 tahun sebelum dia meninggal dunia. 

Neshka mendedahkan ramalan Vanga menerusi sebuah posting yang dimuatnaiknya di laman sosial Twitter.

“Dia memberitahu tentang ramalan ini ketika saya menziarahinya beberapa tahun lalu. Pada waktu itu Vanga ada menyebut, 

 “Neshka, koronavirus akan menyerang kita!,”

Tetapi saya tidak mengerti maksudnya pada waktu itu,”

Neshka beranggapan Corona membawa maksud Bulgaria akan berada di bawah jajahan Rusia sebelum mengetahui bahawa Corona membawa maksud satu wabak yang datang daripada negara China. 

Terdahulu, Vanga pernah membuat ramalan mengatakan Presiden Rusia Vladimir Putin akan berhadapan dengan ancaman bunuh dan Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump akan mengalami penyakit misteri dan penyakit itu akan mengakibatkan diriya menjadi pekak dan trauma otak. 

Vanga hilang penglihatan secara misteri selepas berhadapan dengan banjir besar pada usia 12 tahun. Ramalan-ramalan yang dilakukan Vanga acapkali membimbangkan orang ramai keranaada daripada perkara yang diramalnya pernah menjadi kenyataan. Kebiasaannya Vanga akan meramalkan perkara yang berkaitan dengan nahas dan perkara pelik luar daripada jangkaan kita. 

Sumber: Dailystar.co.uk

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Trending Fri, 28 Feb 2020
Trending Mon, 20 Jun 2022

Lee Chong Wei & Taufik Hidayat Bakal Berentap Di ‘Live’ TikTok?

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga TikTok selepas dilihat membuka akaun di platform media sosial terkenal itu baru-baru ini. @leechongweiofficial Hi everybody, I am Lee Chong Wei, […]

error: Content is protected !!