Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 17, 2025 @ 4:19pm

[VIDEO] Noorkhiriah Pertama Kali Menangis Tak Boleh Menjiwai Watak – “Jangan Cakap Saya Hebat Sebab Ini Ujian”

Pelakon versatil, Noorkhiriah mengakui tidak mudah untuk menjiwai watak dalam sebuah drama yang membawa karakter seorang wanita ‘lembam’.

Menerusi video di platform TikTok, Noorkhiriah berkata sejak hari pertama menjalani penggambaran drama tersebut dia tidak dapat menjiwai watak, sehinggalah satu tahap dia mengambil kelas lakonan bersama aktres senior, Fatimah Abu Bakar.

“Ini adalah pertama kali saya menangis di tempat penggambaran sebab saya tak boleh masuk (menjiwai) watak. Bayangkan dari hari pertama abang Ezad kata ‘ tak apa roh tak masuk lagi’. Masuk hari kedua saya dah nampak muka pengarah lain.

“Saya sampai tertekan, balik rumah sambung berlatih pun tak dapat menjiwai watak. Saya ada waktu rehat selama seminggu saya berdoa pada Allah tolonglah bagi saya jalan untuk selesaikan perkara ini. Sampailah satu hari saya hubungi guru lakonan, Fatimah Abu Bakar dan Alhamdulillah, dia jelaskan watak saya secara menyeluruh dalam masa dua jam sahaja.  ,” katanya.

Dalam video sama, Noorkhiriah yang terkenal dalam drama rantaian Nur ini turut berkongsi pengarajan yang didapatinya iaitu sentiasa merendah diri dan terus menambah ilmu pengetahuan.

“Orang cakap ‘Noorkhiriah hebat’, tapi tak sebenarnya. Jangan sesekali kita meletakkan seseorang itu hebat dan jangan sesekali kita merasakan diri kita hebat. Ini ujian Allah swt.

“Sebenarnya di situ Allah nak menguji kita. Nak mendapatkan sesuatu yang baik ini tak semudah mata memandang. Untuk menjadi yang terbaik ini jangan malu untuk belajar sebab Allah suka orang yang berusaha Apapun, usaha tidak menipu hasil,” katanya lagi.

@nurshapie_

Kisahnya..Paham..Hasil Tidak Menipu Usaha..Alhamdulilah #seributahun

♬ original sound – NurByKhiriah – NurByKhiriah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Feb 2026

“Kita Tidur Bersama Dan Ini Pelukan Terakhir Untukmu” – Muat Naik Foto Bersama Arwah Andre Mikhail, Amyza Aznan Undang Sebak

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mengundang sebak apabila berkongsi foto memperlihatkan dia memeluk jenazah anaknya, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terkahirnya pada Isnin lalu.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Kurang Dikenali Di Malaysia, Yura Pasang Strategi!

Nama penyanyi Yura Yunita mungkin tidak sekuat nama penyanyi Indonesia lain seperti Kris Dayanti atau Rossa di sini. Namun ia tidak menjadikan masalah buat pelantun yang mula dikenali menerusi lagu Cinta dan Rahasia ini untuk […]

Featured Wed, 13 Nov 2024

Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Penat selalu menjadi pilihan kedua dalam hubungan, Nadia Brian mahu lelaki yang bertanggungjawab.

Trending Tue, 12 Jan 2021

KKM Umum Varian Terbaharu Covid-19, UK B.1.1.7 Di Kesan Di Malaysia

Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi

Events Wed, 11 Sep 2019

Wow! Tak Sangka Ustaz Hamadi Berjaya Tawan Everest Base Camp

Bangga rasanya dengan Ustaz Hamadi ni!

Featured Tue, 2 May 2023
error: Content is protected !!