Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 17, 2022 @ 3:50pm

Lagu Cinta Simbolik MonoloQue Kembali Ke Pangkal Jalan

Kumpulan MonoloQue kembali memberi fokus kepada irama dan lagu dengan buah tangan baharu berjudul Lagu Cinta.

Lagu Cinta adalah gambaran awal kepada peminat bahawa berkemungkinan album ketiga mereka akan dikeluarkan.

Selain itu, Lagu Cinta berkonsep ringkas dan mudah yang menceritakan perlunya cinta dalam kehidupan.

Ini kerana, cinta adalah penguat dan penyeri ketika manusia berada dalam keadaan susah ataupun senang.

Menurut LoQue gubahan lagu sendiri memberitahu kepada pendengar bahawa hidup perlukan keseimbangan dan dalam kepayahan pasti ada kesenangan.

“Jika diperhalusi chorus dan verse dalam Lagu Cinta dimainkan dalam irama minor bagi menunjukkan kesedihan, kegelapan dan kesusahan.

“Tetapi waktu bahagian bridge, lagu jadi bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan,” katanya.

Sementara itu, Lagu Cinta bermaksud ‘simbolik’ dan ia sedikit sebanyak berkaitan kematian adik LoQue akibat kemalangan jalan raya.

LoQue yakin bahawa setiap bait kata dan bunyi daripada lagu ini dapat didengari oleh arwah adiknya yang sudah tiada.

“Saya harap lagu ini dapat merentas dimensi,” kata LoQue.

Lagu Cinta boleh mula didengari di semua platform media digital bermula pada 16 Disember 2022

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Apr 2022
Trending Thu, 27 Jan 2022

Isu Anuar Zain, Fazley Yaakob Tempelak DSV – “Shame On You! Kaya & Popular Tak Menjamin Adab…”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menemplak Datuk Seri Vida (DSV) susulan isu hangat yang melibatkan usahawan sensasi itu dengan penyanyi popular Anuar Zain. Menerusi hantaran terkini di Instagram, pelantun lagu Bila April itu […]

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Hiburan Thu, 21 Nov 2024

Strim Secara Langsung ‘2024 MAMA AWARDS’ Dalam Saluran tvN Asia Melalui Tonton!

Anugerah penuh berprestij ini akan disiarkan secara langsung dalam saluran linear tvN Asia melalui Tonton.

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
error: Content is protected !!