Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2024 @ 8:59pm

Strim Secara Langsung ‘2024 MAMA AWARDS’ Dalam Saluran tvN Asia Melalui Tonton!

Bersedia, peminat K-Pop! 2024 MAMA AWARDS, anugerah No. 1 dunia K-POP, kembali untuk meraikan muzik global dan kreativiti pemuzik dengan tema menarik tahun ini, ‘BIG BLUR: What is Real?’ Anugerah penuh berprestij ini akan disiarkan secara langsung dalam saluran linear tvN Asia melalui Tonton, membawakan pengalaman istimewa kepada penonton Malaysia, seolah-olah berada di barisan hadapan pesta K-Pop yang terunggul!

Buat kali pertama dalam sejarah, tahun ini MAMA AWARDS akan dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diteruskan ke Osaka, Jepun. Acara bermula pada 22 November dengan majlis anugerah di Los Angeles pada pukul 11:00 pagi (waktu Malaysia), diikuti sesi karpet merah pada pukul 3:00 petang dan majlis anugerah yang dinanti-nantikan di Jepun pada pukul 5:00 petang (waktu Malaysia). Kemeriahan akan berterusan pada keesokan harinya, 23 November, dengan sesi karpet merah pada pukul 12:00 tengah hari dan majlis anugerah pada pukul 2:00 petang (waktu Malaysia).

Sebagai festival muzik hujung tahun yang ikonik, 2024 MAMA AWARDS menyatukan peminat dan artis K-POP dari seluruh dunia, meraikan persembahan hebat dan semangat K-POP yang luar biasa. Acara tahun ini bakal menjanjikan detik-detik yang tidak akan dilupakan, dengan persembahan daripada artis popular seperti G-DRAGON, ILLIT, KATSEYE, RIIZE, ENHYPEN, TXT, IVE, aespa, INI, dan ZEROBASEONE, serta banyak lagi kejutan yang akan diumumkan.

Jom, daftar akaun Tonton anda untuk sama-sama menyaksikan secara langsung 2024 MAMA AWARDS di saluran linear tvN Asia. Untuk menonton MAMA AWARDS bersama kandungan dan saluran premium lain di Tonton, langgan TontonUp dengan pelan bermula daripada RM9.90 sebulan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan acara epik ini – nikmati fenomena global K-POP dari keselesaan rumah anda!

Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Sep 2021
Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Susut Berat Badan Dan Muka Cengkung, Sufian Suhaimi Sakit Apa Tu?

Good luck for AJL33, Sufian Suhaimi ! Semoga cepat sembuh ye.

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Featured Wed, 24 Jul 2024

Didakwa Langgar Kontrak, Armani Entertainment Tuntut Michael Ang Bayar RM 500,00

Banyakk tuu RM 500,000. Semoga selesai dengan baik lah ye

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Aizat Amdan Stress Alami Berat Badan Berlebihan ?

Kalau nak tahu tips kurangkan berat badan versi Aizat Amdan, Nah!

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Seminggu Sukar Bernafas, Awie Ditahan Di Hospital

Kami doakan agar penyanyi kesayangan ramai ini cepat sembuh, Insha Allah.

error: Content is protected !!