Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2025 @ 12:41pm

Dr Rushdi Ramli Sedih Nora Ariffin Digelar Penyondol – “Saya Sendiri Meminang Dia”

Buat pertama kalinya, suami kepada penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin iaitu Ustaz Dr Rushdi Ramli tampil memberikan respons susulan kemelut rumh tangganya sebelum ini.

Kata Rushdi, perkahwinan keduanya bersama Nora adalah atas kerelaan hatinya yang dibuat dengan niat mahu menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anak sahabat karibnya iaitu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi.

“Demi Tuhan, hanya Allah yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendak-Nya jua.

“Sesungguhnya, tidak pernah terlintas langsung dalam minda dan diri saya untuk mendekati Nora atas sebab kerjayanya dan bidang yang jauh berbeza antara kami (saya dibidang agama).

“Ia hanya didorong niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anaknya yang masih pada awal usia, di sinilah timbulnya keinginan untuk meminang,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi Rushdi menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan turut berasa sedih apabila isterinya itu diberi gelaran jelik seperti sundal, penyondol dan perosak rumah tangga.

“Masyarakat pula sering mncanangkan idea negatif seperti isteri kedua adalah perampas kerana kehadirannya dikatakan boleh memporak-perandakan rumah tangga bahagia yang telah terbina selama ni.

“Gelaran seperti penyondol, sundal sering dikaitkan dengan isteri – isteri sama ada kedua ketiga dan seterusnya.

“Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar diberhentikan (wajib) dan bertentangan dengan ajaran Islam yg maha suci.

“Dan yang amat menyedihkan, ini juga apa yang telah berlaku terhadap isteri saya, Nora yang turut menerima gelaran sedemikian.
“Jika ditanya dengn soalan mudah ini iaitu – siapa yang cari siapa?Adakah lelaki yang mencari wanita atau wanita yang tergila-gila mencari lelaki? Di sini tidak dapat dinafikan bahawa saya adalah insan yang meminang Nora (bukan sebaliknya).
“Bagi saya, semuanya berlaku dengan kehendak Allah SWT,” katanya.
Mengulas lanjut, Rushdi juga meluahkan rasa kagum dan bersyukur kerana Nora memiliki keperibadian yang sangat baik, bijak menjaga rumah tangga, suka tersenyum dan menyimpan segalamasalah dan luka didalam hati.

“Saya akui dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak ‘over react’ dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai. Alhamdulillah, Nora sentiasa menjaga tatasusila, sopan santun dan kedudukan sebagai isteri.

“Nora tidak sombong, mudah mesra, peramah dengan semua orang, lebih lagi bila bersama dengan saya dalam pelbagai majlis. Malah, dia juga sentiasa menjaga makan minum suami kerana minat memasak,” jelasnya.

 

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menuai tumpuan selepas anak tiri Nora meluahkan rasa ‘kebencian’ terhadapnya menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di platform media sosial.

Dan, pada 12 Ogos 2024, Nora memuat naik video yang memaparkan dia telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat menerusi  Instagram.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Namun begitu,  Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli pada 14 September 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Dari Hati Untuk Gaza, The Helmis Hadir Dengan Lagu Sarat Makna ‘Mengukir Takdir’

Heliza Helmi, Hazwani Helmi lancar lagu Mengukir Takdir

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Dah Dirisik Rupanya…

Semoga dipermudahkan urusan seterusnya buat Zara & Hafreez!

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau – Shakilla Khoriri

Trending Thu, 6 Sep 2018

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Barisan pelakon dan krew produksi Hantu Kak Limah akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan Infinitus Gold dan Astro Shaw.

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

Featured Wed, 13 Apr 2022
Trending Thu, 30 Nov 2017

当爸爸单独带小孩才会发生的超爆笑状况!

妈妈总有忙碌或想休息的时候,所以会将照顾小孩任务交给爸爸带,只是妈妈不知道每个男人心里都住着一个小男孩。

error: Content is protected !!