Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 17, 2022 @ 11:23am

Belum Pulih Sepenuhnya Selepas Diganggu Penyakit Misteri, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Masih Trauma

Usahawan selebriti dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan isterinya, Syafiqah Aina masih belum pulih sepenuhnya daripada gangguan dan penyakit misteri.

Diserang penyakit terbabit pada tahun lalu, Hafiz dan Aina tidak patah semangat dan menganggap apa yang terjadi adalah ujian Allah.

“Kami hanya mahu kuat dan tabah menempuh ujian hebat ini serta menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. Sebagai seorang suami, apabila saya melihat Aina terkena penyakit misteri, saya rasa marah dan geram.

“Tapi lama kelamaan, kami sedar yang setiap apa yang terjadi, ada hikmah. Semua perbuatan tak seharusnya dibalas dengan perbuatan itu juga. Kami hanya berusaha membuktikan yang kami boleh menjadi lebih baik.

“Kami kuat walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Kami sentiasa percaya Allah ada untuk melindungi kami dan harus terus berjuang melawan apa yang terjadi kerana Allah yang berkuasa, bukan mereka. Jadilah apa pun, kami tetap mahu memberikan kebaikan.

“Kami sendiri pun keliru sebenarnya kerana apa yang kami buat selama ini pun adalah untuk membantu orang lain meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan tetapi kami tetap kena ganggu sehingga isteri terkena penyakit misteri.

“Sehinggalah kami ambil keputusan, apa pun yang mereka lakukan, kami tidak akan membalasnya kembali. Kepahitan yang jadi akan kami simpan dan realitinya, kami sangat gembira,” kata Hafiz kepada XTRA.

Hafiz dan Aina ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

Sempena ulang tahun kelima Ainaa Beauty, pasangan itu meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah sebuah kereta Proton Axia, dua buat Proton X50 serta lebih 40 iPhone 13 Pro Max dan beberapa set perhiasan emas.

Selain itu, produk kecantikan itu turut memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden dan inovatif.

Biarpun pasangan ini trauma apabila diganggu penyakit misteri, Hafiz dan Aina enggan berputus asa.

“Trauma memang ada. Siapa tak trauma apabila diganggu sedemikian rupa? Biarpun trauma dengan kejadian yang menimpa, saya dan isteri tidak berputus asa dan saling menumpahkan kasih sayang antara satu sama lain.

“Jika sebelum ini, ada usahawan kecil yang menghantar produk makanan untuk kami buat ulasan, tetapi apa yang terjadi sekarang buat kami berfikir banyak kali. Dalam rumah tangga pula, kami gembira dan kami terapkan peraturan lima minit.

“Kalau ada perselisihan faham, saya atau Aina akan meminta maaf selepas lima minit kerana enggan perkara itu berlarutan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Mar 2025
Featured Sat, 28 Feb 2026

Gabung Elemen Klasik & Moden Ernie, Syamel ‘Lari’ Ke Hong Kong Demi Lagu Raya Penuh Nostalgia

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel kembali bergandingan menerusi single raya terbaharu berjudul, Suasana Raya.

Featured Sun, 27 Mar 2022
Events Sat, 24 Sep 2022
Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan. Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila […]

Featured Mon, 11 Aug 2025
Trending Sat, 18 Dec 2021

Cium Penari Wanita Atas Pentas Anugerah Drama Sangat 2021, Rupanya Ariff Bahran Dah Kahwin 3 Bulan Lepas!

Aksi penyanyi Ariff Bahran mencium dahi seorang penari wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) ketika menyampaikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duetnya, Sarah Suhairi membuatkan ramai terkejut. Rupa-rupanya, penari itu adalah isteri […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
error: Content is protected !!