Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 14, 2025 @ 7:22pm

[VIDEO] Momen Sherry Ibrahim & Adik Fattah Amin Curi Perhatian

Umum mengetahui pelakon Sherry Ibrahim pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun dengan aktor terkenal, Fattah Amin, sebelum berpisah pada tahun 2016.

Terbaru, sebuah video yang tular di platform TikTok menarik perhatian ramai apabila Sherry berkongsi momen bertemu peminat di sebuah acara.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kehadiran adik Fattah, Raihan, yang kelihatan begitu teruja berjumpa dengan aktres itu.

Dalam video tersebut, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41 tahun—dilihat mesra berbual dan berpelukan dengan Raihan.

Lebih menyentuh hati, adik kepada Fattah itu dipercayai mengesat air matanya yang mengalir, seolah-olah dilimpahi emosi saat bertemu kembali dengan Sherry.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat pertemuan itu, malah, ada yang juga dalam kalangan mereka berpendapat Raihan mungkin melepaskan rindu terhadap Sherry yang dikatakan sebagai ‘kakak ipar yang tak jadi’ itu.

@sherry_ibrahim

MasyaAllah Tabarakallah Thank You ALLAH swt 🤲🏻 🤍✨

♬ original sound – Sherryibrahim – Sherryibrahim

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Sherry pernah menitipkan kata-kata semangat buat Fattah yang ketika itu sedang menghadapi dugaan penceraian dengan bekas isterinya, Nur Fazura.

Sebagai bekas kekasih, Sherry mendoakan agar Fattah terus tabah dan kuat menghadapi ujian perpisahan setelah tujuh tahun membina rumah tangga bersama Fazura.

“Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masih Difitnah Belum Move On Sehingga Dikritik ‘Meroyan’, Sherry Ibrahim Beri Amaran Terakhir – “Tunggu Daripada Peguam Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Trending Fri, 30 Mar 2018

OMG! Limpahan Najis Punca Pulau Boracay Ditutup?

Kepulauan yang terletak 190km ke selatan Manila itu menerima kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun, menjana 56 bilion peso (RM4.3 bilion) keuntungan setahun.

Hiburan Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Wow! King Coco Buat Hal Pegang Anjing

Menerusi muat naik dilaman instagram King Coco, beliau kelihatannya mengusap seekor anjing sambil menulis caption dengan bait-bait lagu yang dipetik daripada lagu terbaru Joe Flizzow, Sampai Jadi.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Masih Trauma, Tapi Kalau Ada Rezeki Kami Tak Tolak” – Ayda Jebat Terbuka Tambah Zuriat

Ayda berkata dia dan suami sudah mendapatkan pandangan pakar perubatan

error: Content is protected !!