Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 14, 2025 @ 2:48pm

[VIDEO] Uqasha Senrose Menangis Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak  – “Ibu Cari Rezeki Untuk Anak Ibu…”

Pelakon dan usahawan jelita, Uqasha Senrose, gagal menahan air mata apabila terpaksa meninggalkan puteri kesayangannya, Hawra Uqaira, selama empat hari atas urusan kerja di Singapura.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Nik Uqasha Zen meluahkan rasa pilu kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan anaknya dalam tempoh yang lama.

“Ibu takut ibu tak boleh tidur tanpa awak, anakku. Tapi ibu kerja ya… Tak pernah berpisah dengan Uqaira sampai empat hari. Ibu takut ibu rindu,” luahnya dalam satu video yang memaparkan detik menyedihkan apabila anaknya menangis kerana tidak mahu berpisah dengannya.

Dalam hantaran lain, isteri kepada aktor Kamal Adli turut berkongsi video memperlihatkan anaknya yang masih belum tidur walaupun waktu sudah menunjukkan jam dua pagi.

“Tidur sayang, ibu tak balik hari ini. Dah lambat ni, jangan tunggu ibu. Dia tunggu ibu dia, sebab itu tak tidur lagi. Dia ingat ibu dia balik nak tidurkan dia. Ibu cari rezeki untuk anak ibu, tapi ibu pun tak boleh tidur,” katanya dengan nada sebak.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas timbul spekulasi bahawa mereka telah bercerai dan dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah. Namun, kedua-duanya tampil menafikan dakwaan tersebut.

Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan kini bahagia bersama cahaya mata sulung mereka, Hawra Uqaira, yang baru berusia 10 bulan.

Artikel Berkaitan: “Jika Benar Cerita Saya Sudah Sampai Mahkamah Syariah, Beri Bukti” – Uqasha Senrose Enggan Layan Spekulasi Rumah Tangga Dengan Kamal Adli Goyah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Jan 2019
Trending Thu, 22 Nov 2018

13张「按下快门后才发现大悲剧」的诡异爆笑照片!

用相机记录生活中每个美好的瞬间,用照片定格永恒时光;只是有些照片,当你按下快门后才发现大悲剧!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Adakah Ini Mainan Tidur Atau…” – Atiq Azman Mimpi Kena Sihir Dua Kali

Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek kerana memiliki wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tidak kurang hebatnya. Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu ada memuat […]

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Bukan Nak Berahsia, Tapi…” – Syafiq Farhain Mengaku Sudah Ada Teman Istimewa

Penyanyi Syafiq Farhain atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim, 27, mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang menghuni hatinya. Namun begitu, anggota bomba ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai gadis yang menjadi pilihannya. “Sejujurnya, […]

Featured Thu, 23 Feb 2023
Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Trending Tue, 17 Nov 2020
Events Thu, 2 May 2019

Over 2,300 Runners Thronged the National Geographic Earth Day Run 2019 Finish Line

In conjunction with International Earth Day, the run celebrated the on going
efforts by National Geographic and its partners to promote environmental awareness.

Featured Tue, 6 Sep 2022

Tasha Shilla Selamat Bersalin Bayi Kedua, Pilih Nama Nyla Kaadira

Wah tahniah Tasha dan suami! Dah sepasang dah 😍

error: Content is protected !!