Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 17, 2025 @ 3:44pm

Bimbang Berlaku Istidraj, PU Syed Nasihat Aisar Khaled Jangan Salah Guna Kekayaan Untuk Maksiat

Pendakwah bebas, PU Syed, tampil menegur pempengaruh terkenal, Aisar Khaled, susulan tular beberapa video yang memperlihatkan pergaulan bebas secara terbuka.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Seyd Ishak, 43, menyatakan harapannya agar Aisar memanfaatkan kekayaan yang dimiliki ke arah perkara yang lebih baik.

“Video ini saya tujukan pada saudara Aisar Khaled yang terkenal. Saya dapat video yang menunjukkan pergaulan bebas. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan, berpelukan. Bergembira dengan amat sangat.

“MasyaAllah bergembira dengan kekayaan tak salah, cumanya menyalahgunakan kekayaan dengan melakukan maksiat kepada Allah tu salah. Bergembira tidak salah, cumanya bila kita salah guna dengan kekayaan itu dengan melakukan maksiat.

“Saya tahu Aisar banyak menaja orang pergi umrah, bantu orang susah dan sebagainya tapi itu bukan modal sebagai jaminan untuk melakukan perbuatan yang dilarang Allah,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, PU Syed turut meluahkan kebimbangannya bahawa kekayaan yang diperoleh Aisar mungkin merupakan Istidraj iaitu nikmat yang diberikan Allah tetapi akhirnya menjadi ujian yang menjerumuskan seseorang ke arah kelalaian.

Pada masa yang sama, PU Syed juga berharap tegurannya dapat membuka mata Aisar mengenai kesilapan yang dilakukan.

“Saya harap Aisar jadi hamba Allah yang taat dan mensyukuri nikmat yang diberikan dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Jika nak berkahwin, kahwin dengan cara yang baik.

“Cari wanita solehah dan baik untuk kita nikahi supaya tidak tergaul dengan golongan yang mungkin ingin ambil kesempatan atas kekayaan kita. Saya harap video ini dapat sampai ke Aisar dan dapat kita muhasabah diri dalam bulan Ramadan,” katanya lagi.

Di akhir perkongsiannya, PU Syed turut menyeru orang ramai agar tidak terus menghujani Aisar dengan kecaman, sebaliknya mendoakan agar dia kembali menjadi hamba Allah yang taat.

Bagaimanapun, PU Syed telahpun memadam video tersebut di IG miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

Trending Fri, 15 Nov 2019

Do You Know Why Your Perfume Fades Too Easily?

Little did you know, here are three common perfume mistakes that you may have been doing all this while.

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Antara Cinta, Agama & Restu, ‘Jika Itu Salahku’ Pertemukan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong

Drama 13 episod bakal menemui penonton mulai 17 Oktober ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam

Trending Sun, 4 Sep 2022
Trending Tue, 24 Mar 2020

Masih Belum Jalani Ujian Covid-19, 3800 Jemaah Tabligh Bakal Diburu!

Tolonglah jangan degil dan ambil mudah isu Covid-19 ni okay!

error: Content is protected !!