Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 4, 2022 @ 12:02am

Isu Konsert Artis Antarabangsa: “Letak Dahulu 5 Pilihan” – Prof Dr Muhaya

Pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memberikan pendapat peribadi mengenai isu konsert artis antarabangsa yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Doktor pakar mata ini mengulas mengenai penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia yang menjadi polemik sesetengah pihak kerana didakwa menjadi sebab penularan budaya hedonisme.

“Apa-apa yang Allah tak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah sayangkan seseorang ialah apabila dia tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.

“Apakah perkara yang sia-sia itu? Ia tidak memberatkan timbangan di Padang Mahsyar. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.

“Kita sendiri ada pilihan raya setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka?

“Jika ada yang bertanyakan mengenai konsert artis luar negara kepada saya, letak dahulu lima pilihan itu, barulah bertindak membuat keputusan. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.

“Saya tak menghukum atau menghakimi sesiapa, saya hanya memberikan pandangan peribadi. Berkenaan dengan hukum, saya tak boleh komen, itu saya serahkan kepada ustaz atau yang lebih arif,” katanya.

Muhaya ditemui di seminar transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ di The Everly Hotel, Putrajaya pada Sabtu.

Mengulas mengenai PMC, Muhaya mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan.

Menerusi program ini, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani perkara berkenaan.

“Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.

“Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.

“Alhamdulillah, kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC. Ia pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan,” katanya lagi.

Selain lebih 500 peserta, PMC turut dihadiri oleh beberapa selebriti seperti Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita, Amira Othman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2026

Aisha Retno Impi Berlakon, Bakal Hadiri Sesi Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical – “Saya Tak Nak Lepaskan Peluang”

Aisha Retno tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang bakal dipentaskan pada Oktober ini.

Featured Fri, 25 Jul 2025
Events Wed, 8 Oct 2025

“Kami Tak Pernah Anggap Diri Hero, Ini Tentang Gaza” – Musa Nuwayri Dedah Pesanan Menyentuh Hati Dari Nadir Al Nuri

usa menyeru agar seluruh rakyat di negara ini tidak berhenti bersuara demi saudara saudara kiat di Gaza.

Featured Mon, 23 Feb 2026

“Moga Usaha Ini Ringankan Beban Mereka”- Anzalna Nasir Nekad Turun Padang Hulur Bantuan, Tersentuh Nasib Golongan Kurang Mampu 

Anzalna Nasir yang tersentuh setiap kali mengingat nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya ketika berbuka puasa.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Trending Sun, 24 Feb 2019

美貌不过就是张皮囊!怪诞「鲜肉」照挑战你的审美观

在超市购买盒装的肉品时,你是不是也会拿起来审视一下肉的颜色是否鲜红,咦?这样「挑肉」是不是有点像我们在上传自拍照时,总会拍个N百次……

error: Content is protected !!