Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 19, 2025 @ 4:46pm

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Bekas isteri kepada sukarelawan banjir, Abang Viva iaitu Evanoza Zakaria mengaku dia kini sedang menjalani tempoh idah sekaligus enggan memberi sebarang penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya itu.

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

“Saya tak nak bahas apa-apa. Saya tak sanggup nak mengata orang yang pernah berada di hati saya.

“Walaupun kami tak ada apa-apa tapi jauh di sudut hati saya masih hargai dia. Sebab dia bukan musuh saya.

“Saya tak tahu macam mana orang lain sanggup mengata orang yang pernah hidup bersama dengannya,” katanya.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, Eva kelihatan gagal menahan sebak dan berharap agar orang ramai memberinya ruang menjalani tempoh idah.

“Harap beri saya ruang untuk saya jalani tempoh idah dan dalam masa sama, saya perlu cari rerzeki untuk kelangsungan hidup dan anak-anak saya,” jelasnya.

@evanozadsini2Baju eva pakai kat beg kuning ❤️🙏🏻 Eva jual ya🤲🏻♬ original sound – Evanozadsini2

Terdahulu, media melaporkan, Azwan, 33, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Aisah Saleh dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dekat Melaka Tengah, Melaka pada 13 Mac lalu.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Evanoza, 42, berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.

Katanya, mahkamah mensabitkan lafaz talak satu itu adalah kali kedua selepas yang pertama pada tahun lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

《娱协30》首轮入围有惊喜!黄明志有望夺「传媒推荐大奖」

《娱协30》首轮入围名单出炉,张栋梁、张智成、陈慧恬、东于哲和郭修彧共有3首歌曲入围;今年新增设的奖项包括最佳数位单曲奖和最佳经典流行歌曲奖,相隔30年再发片的郭晶丽以《珍惜拥有时》和《我想你了你知道吗》占了最佳经典流行歌曲两个入围席位,而最佳数位单曲奖更是全女班蔡恩雨、宇田、郭修彧、陈慧恬和李佩玲之争,可说是女势力堀起。

Featured Fri, 18 Jul 2025
LIFESTYLE Sun, 13 Jan 2019

Bringing Indian Traditional Costumes into the Modern Fashion Scene

Designer Hariharan Arasu has just launched his inaugural menswear collection, which comprises loose tops and pants in breathable materials, writes Nadia Badarudin FROM the day he rolled out his first collection in 2012, Hariharan Arasu […]

Featured Thu, 5 Feb 2026

Atikah Suhaime Bersuara Soal Nafkah, Minta Wanita Jangan Tanggung Segalanya

Atikah berkata, setiap wanita selayaknya dilayan seperti puteri meskipun mampu hidup berdikari.

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020
Featured Thu, 10 Jan 2019
Featured Tue, 4 Nov 2025

“Kalau Allah Dah Kasi Titik, Jangan Ubah… Jalan Terus! ” – Aprena Manrose

Tidak mempersoalkan setiap ketentuan yang terjadi adalah cara untuk bergerak terus ke hadapan.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

“Saya Suka Lelaki Unik’- Zee Avi Buka Mulut Soal Jodoh

Jangan salah faham, saya okay kalau dia bukan orang seni. Yang penting, dia terima kerjaya sebagai komposer dan sering menghabiskan masa di dalam studio.

error: Content is protected !!