Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 20, 2025 @ 5:53pm

Tampilkan Lakonan Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Fizz Fairuz, DJ Lin & Ramai Lagi… Drama Raya ‘Hayati’ Angkat Genre ‘Psikologi Emosional’

Menampilkan barisan pelakon hebat, drama raya berjudul ‘Hayati’ menjadi sebuah naskhah unik yang mengetengahkan genre ‘Psikologi Emosional Raya’.

Memberi tumpuan kepada kepentingan pengurusan mental dan emosi, drama raya 2025 ini tampil unik dan berbeza daripada kebiasaan karya yang lain.

Merupakan drama raya kolaborasi antara Suria FM bersama YAYA Empire Perfume, karya berdurasi 40 minit ini menyentuh hati dan membawa penonton menyelami sebuah perjalanan jiwa yang penuh liku, dalam usaha memaafkan diri sendiri dan menemukan kekuatan untuk melangkah ke hadapan.

Bermula dengan kemalangan tragis pada malam raya, kehidupan beberapa individu berubah secara drastik, memaksa mereka menjalani proses penyembuhan yang penuh cabaran.

Batas antara realiti dan imaginasi menjadi kabur, mencetuskan konflik dalaman yang mendalam. Setiap watak perlu menghadapi perasaan bersalah, mencari keberanian untuk memaafkan diri sendiri, dan akhirnya menemui kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan harapan baharu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, drama ini merupakan projek terbesar stesen radio itu dari sudut skala dan tempoh penggambaran.

“Sejak tahun 2019, kami telah menerbitkan tujuh drama raya. Idea dan skrip drama ‘Hayati’ mula digarap sejak September 2024 dan mendapat persetujuan Yaya Empire pada November 2024.

“Selain barisan penyampai kami, drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Cik Man, Anas Ridzuan, Hawra Jamalullail, Ara Johari, Adam ZBP, serta pempengaruh terkenal Mia Azahar. Lebih istimewa, pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa, turut membuat kemunculan khas,” katanya.

Penggambaran berlangsung selama tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan sebahagian besar babak dirakam pada waktu malam hingga awal pagi.

Antara cabaran terbesar ialah babak bas, yang memerlukan masa tiga hari untuk diselesaikan, selain faktor cuaca yang tidak menentu.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, lebih 100 individu termasuk pelakon dan kru produksi terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan kelancaran drama ini.

Drama ‘Hayati’ menampilkan elemen penceritaan yang lebih mendalam, dengan sinematografi yang teliti serta pergerakan para pelakon yang dirancang rapi. Bagi melengkapkan perjalanan emosi ini, lagu ‘Pentas Sandiwara’ oleh Fugo telah dipilih sebagai lagu rasmi drama ini.

Lagu yang membawa tema kehidupan dan penghayatan diri ini semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pendengar muda dan muzik video khas ‘Pentas Sandiwara’ yang menampilkan babak-babak dalam drama ini turut diterbitkan dan ia memberikan pengalaman menonton yang lebih menyentuh perasaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Exclusive on E! News: Fattah Amin Launches Fattastic Raya Collection

Get your raya clothes fixed with this collection!

Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」新增电视剧类中文奖项

第三电视第22届「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」将于11月2日盛大举行!为了进一步推广本地影视圈发展,让颁奖典礼更添多元性,该颁奖典礼特新增3大电视剧类奖项,同时也是首次增设中文电视剧类奖项!

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Habiskan RM8 Juta, Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”- PU Amin Label Penerbit #MatKilau Sebagai Jutawan Ummah

Patut min tengok nama beliau kat ending credit… Ini gerangan orang-orang hebat!

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

圣诞佳节捎来好消息!那英云顶演唱会宣布加场

「天后」那英暌违18 年来马一唱,原定于明年2月16日举办,有鉴于外界反应热烈,主办单位正式宣布决定在2月15日再加开一场!

error: Content is protected !!