Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2025 @ 11:29am

Syed Saddiq Kecewa Rayuan Kes Tertangguh, Komen Balas Fazura Curi Perhatian

Kesal dengan penangguhan prosiding rayuannya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberikan respons mengenai perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Katanya, penangguhan adalah disebabkan Pendakwa Raya yang terlibat mengalami sakit tekak.

Berita tersebut sekaligus membuatkan Syed Saddiq berasa kecewa apabila selama tempoh 5 tahun, dia tidak pernah sekalipun meminta untuk bersubahat dalam pecah amanah membabitkan dana RM1 juta milik sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) itu digugurkan.

“Sudah 5 tahun saya menuntut keadilan.

“Keadilan mungkin tertangguh, tetapi ia tidak boleh dinafikan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah tindakan pelakon terkenal, Nur Fazura yang kelihatan meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

Menurut Faz, hanya Allah SWT sahaja yang mampu menolong manusia dalam apa juga keadaan.

Meskipun hanya meninggalkan komen nasihat dan sokongan terhadap Syed Saddiq, namun terdapat segelintir warganet yang kurang senang sekaligus mempersoalkan tindakan aktres itu.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan dijangka memutuskan penghakiman rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membatalkan hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadapnya selepas didapati bersalah atas pecah amanah jenayah dua tahun lalu, pada Khamis.

Bagaimanapun, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menangguhkan keputusan dan menetapkan tarikh lain bagi menyampaikan penghakiman.

Anggota panel lain ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Pada November 2023, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sebatan ke atas Syed Saddiq kerana bersubahat dalam pecah amanah membabitkan dana RM1 juta milik sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA).

Sekiranya rayuan itu berjaya, Syed Saddiq akan dibebaskan, namun pihak pendakwaan masih boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Jika rayuan ditolak, Syed Saddiq masih mempunyai satu peluang terakhir untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah Titip Semangat Buat Syed Saddiq- “Doa Orang Ramai Mengiringimu”

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Beri Sokongan, Syed Saddiq Gelar Bella Astillah ‘Wanita Luar Biasa’ – “Saya Terhutang Budi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Tue, 2 Oct 2018
Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya beberapa kali dikaitkan oleh netizen

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Trending Fri, 30 Nov 2018

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – Mahathir

Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial dengan beberapa keping gambar perkahwinan sebagai bukti  

Featured Wed, 17 Aug 2022
Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
error: Content is protected !!