Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2025 @ 5:59pm

‘Dikenenkan’ Dengan Baim Wong, Ini Respons Anna Jobling – “Lagi Kita Cakap Tak Nak, Lagi Benda Tu Jadi”

Menempa nama dalam industri perfileman di Indonesia, pelakon popular, Anna Jobling pastinya tidak lari dari isu kontroversi.

Terbaru, menerusi temu bual bersama program Melodi, terdapat segelintir netizen yang mengusik-usik dirinya bersama aktor popular Indonesia, Baim Wong.

Meskipun terkejut dengan soalan yang diajukan, Anna bagaimanapun menegaskan, dia menganggap Baim sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu.

“Tak kot, saya anggap dia macam abang. Tak pernah ada apa-apa. No!

“Bukan tak suka dia, tapi suka sebagai abang sahaja, lebih daripada abang tak ada.

“Kepada yang suka ‘kenen-kenenkan’ saya tu terima kasih, tapi saya minta maaf. Kami tak ada apa-apa.

“Bukan sebab taste, cuma lagi kita cakap kita tak nak, lagi benda tu jadi. So, lebih baik kita tak cakap apa-apa tapi buat masa sekarang memang tak,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 ini mengaku, tahun 2025 adalah tahun paling sibuk untuknya memandangkan selepas Ramadan, dia akan kembali semula ke Indonesia untuk menjalani penggambaran di sana sehinggalah hujung tahun ini.

Tambahnya lagi, walaupun semakin sibuk bekerja di sana namun, sebagai anak seni dia mahu mengimbangkan karier seninya di kedua-dua negara selain mengaku masih memilih naskhah lakonanya.

“Alhamdulillah, tahun ini saya sangat sibuk, seperti tahun lepas saya baru sahaja habis shooting filem di Indonesia bersama Baim Wong, Luna Maya dan ramai lagi.

“Jadi buat masa sekarang, saya take a break sekejap dan fokus dengan busines, meeting dan hal lain sehinggalah selepas bulan Ramadan saya akan kembali back to back shooting sampailah  hujung tahun.

“Saya tak memilih untuk bekerja di sana (Indonesia) sahaja, saya akan ‘balance’ antara Malaysia dan Indonesia. Bila habis shooting di sana, saya akan pulang balik ke Malaysia.

“Tengok projek apa dekat sini, sesuai atau sebaliknya.

“Saya memilih naskhah dari segi watak yang akan diberi, saya mahukan watak yang memberi cabaran pada saya. Kalau boleh saya tidak mahu bawa watak yang sama sahaja.

“Saya juga tak mahu dilabel sebagai stereotaip dan akan cuba tengok skrip apa yang akan buat saya teruja nak buat,” jelasnya.

 

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Jan 2023

Lucu! Gelagat Syatilla Melvin Jual ‘Preloved’ Baju Shaheizy Sam Curi Tumpuan – “Dengan Baju-Baju Aku Sekali Dia Pergi…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin menjual bajunya secara ‘preloved’, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Sam sedang merakam Syatilla yang sedang sibuk menjual […]

Featured Sun, 17 Mar 2024

“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Betullah tu.. nak kenang apanya? Masing-masing dah move on lagipun semuanya ada kehidupan sendiri🙄

Hiburan Mon, 9 Mar 2026
Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Trending Tue, 23 Mar 2021
error: Content is protected !!