Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 2, 2023 @ 6:52pm

Konsert 2018 Terpaksa Dibatalkan… Armada Band Ubat Kerinduan Peminat, Bakal Gegar Zepp KL 29 Oktober Ini!

Kumpulan muzik Indonesia yang popular dengan lagu Asalkan Kau Bahagia dan Penantian, Armanda Band bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hadapan.

Bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur menerusi Konsert Armada First Encounter, ini adalah konsert pertama mereka di ibu negara selepas pernah membatalkan konsert pada 2018.

“Ini adalah kali pertama kami bakal beraksi di Kuala Lumpur selepas konsert sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2018. Kami akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku, Penantian dan banyak lagi pada malam penuh bermakna itu.

“Selain itu, lagu-lagu Armada Band yang turut mencipta fenomena tersendiri di plarform media sosial seperti TikTok dan Instagram juga bakal mengubat kerinduan peminat dan penggemar kami di Kuala Lumpur,” kata Rizal selaku vokalis Armada Band.

Menerusi konsert yang dibawakan oleh Hitch Marketing Group dan juga SK One Ventures Sdn Bhd ini, Armada Band yang turut dianggotai oleh Andit dan Mai ini tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur.

“Ini bukanlah kali pertama kami hadir ke Malaysia. Namun, kehadiran kami sebelum ini adalah lebih kepada menjayakan rangka promosi untuk lagu dan album. Kali terakhir kami ke Malaysia adalah pada 2018.

“Untuk konsert pertama kami di Malaysia ini, tentunya kami rasa teruja. Pada masa sama, ada juga rasa gemuruh memandangkan, sekarang adalah musim kebanjiran konsert di Malaysia kerana ia sedikit sebanyak memberi tekanan buat kami untuk membuat persembahan.

“Jadi, konsert ini harus berbeza dan memberi impak kepada penonton yang hadir. Kami akan persembahkan 15 lagu dan konsepnya agak pelbagai. Susunan muzik juga akan diberikan sentuhan baharu yang menarik buat peminat.

“Kami akan tampilkan penyanyi jemputan yang akan turut sama menyertai kami kami membuat persembahan. Namun, itu biarlah kami simpan dahulu sebagai kejutan dan akan diumumkan kelak,” katanya.

Dapatkan tiket Konsert Armada First Encounter yang boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Jom Sertai Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019!

Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!

Featured Sun, 6 Mar 2022

Ramal Mimpi atau Pelukan Angkasa Jadi Juara AJL 36, Tekaan Neelofa Untuk Pemenang Kategori Vokal Terbaik Memang Win!

‘Tembakan’ Neelofa kali ini tepat atau tidak? Jom saksikan AJL36 malam ini!

Events Mon, 23 Dec 2024
error: Content is protected !!