Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 22, 2025 @ 1:44pm

Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Lepas Tanggungjawab? – “Hak Ameena ‘Ghaib’, Itu Ke Kasih Sayang Sampai Mati?”

Perkongsian terkini pelakon, Shakilla Khoriri yang meluahkan rasa kesal dipercayai terhadap bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan.

Menerusi muat naik di Instagram (IG) miliknya, Shakilla atau nama lengkapnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri mendakwa tiada komunikasi yang baik antara pihaknya dengan penjaga anak perempuannya, Nurul Ameena Sofia.

Malah, Shakilla turut mendakwa ada pihak lain yang mendaftar sekolah anaknya itu tanpa pengetahuan dan keizinannya dan meletakkan status sebagai penjaga utama.

“There’s no good communication pun antara aku dengan penjaga anak aku yang lain. Even ada yang memandai pula daftar sekolah Ameena tanpa pengetahuan dan permission aku dan letak kan diri as penjaga utama walaupun status bukan ibu bapa kandung. Mungkin tak boleh teruskan sebab tiada dokumen sah sebagai penjaga tetap.

“Tiba-tiba muncul video berkasih sayang. Come on! Hak Ameena ‘ghaib’ and awak jangan main gila dengan Umi dia,” dakwanya.

Bukan itu sahaja, Shakilla turut mendakwa Fizi tidak pernah menghubunginya untuk bertanya mengenai perihal anaknya itu.

Lebih mengejutkan, Shakilla mendakwa pihaknya dilarang untuk menelefon anaknya ketika di bawah jagaan Fizi yang difahamkan antara salah satu syarat daripada pihak peguam bekas suaminya itu.

“Tak pernah ada satu call atau massage yang bertanyakan hal Ameena kecuali massage untuk ambil dan hantar. Adakah itu yang dikatakan hubungan berkasih sayang sampai mati tu?

“Aku dilarang untuk ganggu (call/video call) untuk bertanya khabar Ameena sewaktu dekat sana (ada arahan ni dalam suratnya pada peguam aku).

“Tapi aku tak pernah letak apa-apa syarat untuk berjumpa, call atau apa saja melibatkan Ameena,” dakwanya lagi.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Feb 2022
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Bakal Berentap Di Pusingan Akhir Pentas Da’i Musim Ke-6?

Pastinya, pusingan separuh akhir pentas pencarian pendakwah nusantara musim ke-6 pada minggu ke-10 ini nyata akan memberikan persaingan sengit diantara barisan pendakwah kita.  Mana taknya, kalau pada minggu lepas sahaja juri telah mengeluarkan kenyataan mahu […]

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Masih Trauma, Tapi Kalau Ada Rezeki Kami Tak Tolak” – Ayda Jebat Terbuka Tambah Zuriat

Ayda berkata dia dan suami sudah mendapatkan pandangan pakar perubatan

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi” – Uqasha Senrose Geram Wajah Anak Dipersoal

Mengaku laporan itu memberi impak buat dirinya, Uqasha berharap agar berita yang ditulis haruslah tepat dan masuk akal

Featured Mon, 20 Sep 2021
Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
error: Content is protected !!