Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2025 @ 2:38am

Muntah, Tekanan Darah Tak Stabil.. Ifa Raziah Pengsan di Starvendors, Dikejarkan Ke Hospital

Selebriti dan usahawan terkenal, Ifa Raziah pengsan di acara Starvendors Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi , sebentar tadi.

Kejadian berlaku ketika Ifa sedang bersiap untuk ditemu bual oleh pihak media selepas majlis pelancaran festival terbabit.

Menurut pasukan perubatan yang berada di lokasi, tekanan darah Ifa didapati tidak stabil ketika pemeriksaan awal dijalankan.

Difahamkan, Ifa sebelum itu sibuk mengendalikan festival berkenaan sepanjang hari tanpa rehat dan muntah sebelum pengsan.

Sebagai pengasas dan Pengarah Urusan Starvendors, Ifa merupakan individu di sebalik kejayaan festival terbabit yang menjadi acara tahunan yang menghimpunkan ratusan usahawan tempatan menjelang musim perayaan.

Difahamkan, komitmen tinggi Ifa dalam memastikan kelancaran festival terbabit dikatakan menjadi faktor keletihan melampau sehingga menjejaskan kesihatannya.

Terdahulu, sebelum insiden itu terjadi, festival itu baru sahaja dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Festival selama 80 jam tanpa henti itu, berlangsung sejak Khamis dan akan berakhir Isnin ini. 

Selain Fahmi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut hadir di acara perasmian tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Sun, 28 May 2023
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Featured Tue, 18 Oct 2022

Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Comelnya baby Arabella Mia! Tahniah Dr Amalina

Featured Wed, 27 Apr 2022
error: Content is protected !!