Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:33pm

[VIDEO] Suami Fatin Afeefa Khatam Al-Quran Juzuk 30 Sebelum Mula Niaga, Ramai Terinspirasi & Tersentuh!

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video yang menyentuh hati pengikutnya.

Menerusi video di TikTok miliknya, Aliff memakumkan dirinya berjaya menghabiskan juzuk 30 sekali gus telah khatam Al-Quran sebelum mula berniaga di Absolute Fest di MITEC, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

“Pada hari jumaat jam 10 pagi saya orang pertama sampai di tempat booth saya di absolute bazar. Sebelum keluar rumah saya ada pilihan untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum keluar rumah atau selepas habis event.

“Tapi Allah gerakkan hati saya, Alhamdulillah saya bawa Al-Quran dari rumah saya khatam di tempat booth saya juzuk 30.

“Habis saja saya berdoa setulusnya dari hati minta Allah turunkan rezeki, dengan niat nak beri pekerja semua gembira, kaya raya kali ini. Saya perlukan keajaiban,” katanya.

Bersyukur doanya termakbul apabila produk minyak wanginya nyaris dijual, Aliff meluahkan rasa sebak di penghujung video tersebut kerana tidak menyangka dirinya yang baru sahaja memulakan perniagaan itu mendapat sambutan hangat.

“Kepada sesiapa yang tengah down, bisnes tak jalan dan perlukan motivasi.. jangan tinggalkan Al-Quran.

“Sepanjang 66 jam kami berniaga di sini, Al-Quran ini menjadi saksi setiap transaksi kami jujur tak pernah aniaya sesiapa pun pelanggan kami.

“Kami cuba nak inspirasikan semua orang yang ada cita-cita untuk berjaya, masa bukan penghalang. Semua boleh buat.. Tak putus asa, berusaha. Insya-Allah,” katanya dalam nada berkaca.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sebak dan mengakui tersentuh melihat perjuangan dan perubahan Aliff yang semakin berubah ke arah kebaikan.

@aliff_awang

I want to inspire the millions how to make millions You dont need to be an artist nor an influencer. All you have to do is HUSTLE like you’re broke. Act like you’re rich so you dont sound like a beggar Alhamdulillah

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Sep 2025

Kai Hassan Derita Gangguan Mistik, 3 Minggu Tak Boleh Tidur Gara-Gara Jin ‘Menumpang’ Dalam Badan

Kai memaklumkan, rumah tangganya juga turut terkena tempias gangguan tersebut.

Trending Tue, 24 Mar 2020
Trending Sat, 22 May 2021

Bakal Jadi Pencabar Dolla? Akim & Stacy Lahirkan Nona

Berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan muzik, penyanyi Stacy dan Akim Ahmad menerusi syarikat rakaman mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment ‘melahirkan’ kumpulan Nona yang terdiri daripada tiga wanita. Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 […]

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Afgan sempat berkongsi kisah jatuh cinta ketika di bangku sekolah dulu. Siapalah agaknya gadis bertuah itu kan?

Featured Mon, 16 Jun 2025

“Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

Pada awalnya Elfira kurang mempercayai kewujudan penyakit tersebut namun…

Trending Fri, 23 Jul 2021
error: Content is protected !!