Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 4:03pm

“Menantu Mak Awak” – Kapsyen Curi Perhatian, Netizen Dakwa Khairul Aming Beri Bayangan Bakal Tamat Zaman Bujang?

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto ketika menjalani ‘photoshoot’ bersama rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul kelihatan begitu tampan dan segak bergaya dengan memakai baju Melayu serba lengkap bersama samping dan songkok.

Bagaimanapun, kapsyen ‘menantu mak awak’ yang ditulisnya meraih tumpuan ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Khairul memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen juga turut berseloroh mahu menjadi isteri Khairul, malah ada juga yang mengatakan ibu mereka ‘approved’ Khairul menjadi menantu.

Kredit TikTok: Khairul Aming 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Abang Dituduh Songsang, Adik Que Haidar Tegur Tuduhan Tak Berasas Netizen – “Saja Nak Ingatkan, Sebar Fitnah Padah Buruknya”

Nazeera juga menasihati netizen untuk berwaspada dalam percakapan yang boleh menjerumus kepada fitnah

Trending Thu, 22 Oct 2020
Featured Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Aliff Aziz Tonton Video Pertunangan Kiriman Netizen, Akui Gembira Untuk Syed Saddiq & Bella Astillah

Aliff Aziz mengakui gembira melihat bekas isterinya, Bella Astillah yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kaka Azraff Bakal Jadi Ibu?

Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan…

error: Content is protected !!