Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 1:16pm

Merdunya! Bacaan Al-Quran Tengku Permaisuri Selangor Dipuji – “Semoga Jadi Contoh Terbaik Buat Rakyat Jelata”

Selain barisan selebriti, program mengaji al-Quran semakin mendapat perhatian apatah lagi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menjadi tetamu DiRaja baru-baru ini.

Dihoskan oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Abdul Karim Al-Makki ditemani Fakhrul Radhi dan Ustazah Sofizah Mousin. Tengku Permaisuri Selangor berkenan membaca Surah Fussilat, ayat 44.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)

Meskipun mengaku gementar, namun Tengku Permaisuri Norashikin meneruskan bacaan dengan baik.

Bahkan, ketika ditanya sama ada Tengku Permaisuri mempunyai lenggok bacaan kegemaran (Tarannum), Tengku Permaisuri Norashikin bagaimanapun menjelaskan, masih belajar mempebetulkan bacaannya dan masih belum mahir apa-apa jenis tarannum.

“Saya masih belum lagi mahir apa jenis-jenis Tarannum. Tapi saya berminat untuk belajar lagu-lagu dalam pembacaan al-Quran.

“Cuma saya masih memperbetulkan bacaan saya dulu. Saya rasa masih banyak lagi kelemahan saya.

@nona.my MasyaAllah, merdunya alunan bacaan ayat suci oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagai membakar semangat mengaji dan cintakan Al-Quran di jiwa rakyat jelata. Baginda berkenan menjadi Tetamu Diraja dalam program Geng Ngaji yang bersiaran di Astro Oasis petang semalam, bersama Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Abdul Karim Al-Makki ditemani Fakhrul Radhi dan Ustazah Sofizah Mousin. Tengku Permaisuri Selangor berkenan membaca Surah Fussilat ayat 44. Mumtaz! Sumber: @selangorroyalofficial @zayan.my #majalahnona ♬ original sound – NONA

@affendyjailani #tengkupermaisurinorashikin #tengkupermaisuriselangor #mengaji #bukakmulut #malaysiatiktok #fypシ゚viral #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #tiktok #malaysia #fypage ♬ original sound – Affendy Jailani

@astrogempak SubhanaAllah, begitu lembut dan indah lantunan Kalamullah daripada Tuanku Permaisuri 🤲🏻❤️ #gengngaji #astrooasis #mysalammuslim #zayan #astrogempak #sooka #indahnyalainmacam ♬ original sound – Gempak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji sifat ‘humble’ yang ditunjukkan Tengku Permaisuri Selangor, sekaligus berharap agar tindakan Tengku Permaisuri menjadi teladan dan contoh terbaik buat seluruh rakyatnya.

 

Sumber: tiktok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Tue, 17 Jun 2025
Trending Sun, 24 Dec 2017

Ibu Hamil 5 Bulan & Keatas Boleh Balik Awal Sejam

Ibu Hamil 5 Bulan & Keatas Boleh Balik Awal Sejam Bermula 1 Januari 2018

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Hiburan Sat, 16 Dec 2017

Isu zuriat, Elizad contohi Siti Nurhaliza

Menafikan yang rumah tangganya bermasalah kerana belum dikurniakan zuriat selepas 2 tahun berkahwin

error: Content is protected !!