Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 26, 2025 @ 6:18pm

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Bersempena bulan Ramadan, stesen radio Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5, baru-baru ini.

Menjadi sebuah stesen radio yang terkenal dengan kepekaan terhadap isu semasa dan sosial, Kool 101 sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna bagi membantu masyarakat menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Bertempat di kawasan pejalan kaki antara MRT Muzium Negara dan KL Sentral, lokasi ini dipilih bagi memudahkan orang ramai, terutamanya golongan bekerja dan individu bujang yang sering berdepan kekangan masa untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dengan menawarkan makanan berkualiti pada harga mampu milik, bazar ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pengguna tetapi juga memberi peluang kepada peniaga kecil untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Menurut Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana, Bazar Kool 101 merupakan inisiatif yang lahir daripada kesedaran terhadap peningkatan harga makanan di bazar Ramadan.

“Kool 101 sentiasa peka dengan isu dan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia. Kita maklum harga makanan di bazar Ramadan semakin mahal, jadi kami terpanggil untuk membantu meringankan beban keluarga dan individu dalam menyediakan juadah iftar yang murah.

“Sambutan daripada para peniaga amat menggalakkan dan Kool 101 amat berterima kasih kerana mereka sudi menetapkan harga makanan di Bazar Kool pada RM5 sahaja. Ini bukan sekadar perniagaan, tetapi juga satu bentuk sedekah dan perkongsian rezeki di bulan Ramadan ini.

“Semoga dengan adanya Bazar Kool – Semua RM5, ia dapat membantu masyarakat dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada peniaga kecil untuk berkembang,” katanya.

Bazar ini menampilkan 12 peniaga yang menawarkan pelbagai pilihan makanan seimbang dan berkualiti. Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan pelanggan mendapat juadah berbuka yang lengkap dan enak.

Selain itu, lokasi strategik berhampiran pusat pengangkutan awam juga menjadikannya lebih mudah diakses, khususnya bagi pengguna MRT dan Komuter yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Selain menyediakan makanan pada harga mampu milik, Bazar Kool 101 turut menyuntik elemen hiburan dengan mengundang beberapa artis untuk membuat persembahan. Langkah ini bukan sahaja menghidupkan suasana bazar, tetapi juga menjadi platform bagi rakan artis berkongsi rezeki bersama pengunjung.

Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan, Kool 101 bukan sekadar stesen radio hiburan, tetapi juga sebuah platform yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat. Bazar Kool 101 – Semua RM5 adalah bukti komitmen mereka dalam membantu masyarakat menikmati juadah berbuka puasa tanpa perlu berbelanja lebih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Mar 2025

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

Kes ditangguhkan selepas terrdapat kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan.

Trending Thu, 14 Apr 2022
Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”

Fazura bersyukur Sarimah Ibrahim sering bagi kata-kata semangat dan kirim surah

Hiburan Sun, 19 May 2019

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Featured Wed, 4 Mar 2026

“Kenapa Bila Kita Lakukan Kesilapan Dikaitkan Dengan Istiqamah”- Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri tumpuan selepas perkongsiannya mengenai kesalahan dan istiqamah dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Events Wed, 30 Jan 2019

Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Jom imbau kenangan bersama Spanar Jaya X

Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Kumpulan muzik terkenal Indonesia Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menggegarkan Pesta Muzik Kuantan. Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di […]

error: Content is protected !!