Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 5:04pm

Duet Bersama Den Manjo, Nabila Razali Tampil Dengan ‘Raya Mana’ Versi Kelantan

Penyanyi popular Nabila Razali kembali menceriakan suasana Aidilfitri dengan lagu raya terbaharunya berjudul, ‘Raya Mana’ yang dinyanyikan dalam versi Kelantan bersama penyanyi Den Manjo.

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu tersebut dalam loghat Pantai Timur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Menurut Nabila, dia berasa sedikit gementar menyanyikan versi kali ini memandangkan tidak begitu fasih dalam loghat Kelantan meskipun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan suami yang berasal dari negeri tersebut.

“Bagi siapa yang menanti lagu ini dalam versi Kelantan bersama Den Manjo, permintaan anda sudah saya tunaikan.

“Sejujurnya, saya agak gementar kerana loghat Kelantan bukanlah bahasa pertama saya. Sampaikan sudah menimang cahaya mata pun saya masih belum fasih berbahasa Kelantan.

“Tapi tak mengapa, mula-mula menyanyi dahulu, lepas itu mana tahu boleh fasih,” katanya.

Nabila yang juga terkenal dengan lagu Peluang Kedua berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya di Sora Studio baru-baru ini.

Bagi memastikan sebutan dalam lagu ini tepat, dia turut mendapatkan bimbingan daripada Den Manjo mengenai cara percakapan masyarakat Kelantan agar nyanyiannya tidak kedengaran canggung.

“Saya tanya sama ada sebutan saya betul atau tidak sebab takut salah. Den pun banyak berkongsi cara pertuturan orang Kelantan.

“Insya-Allah, saya harap orang Kelantan tidak marah kalau saya tersalah sebut,” tambahnya.

Tahun lalu, lagu ‘Raya Mana’ berjaya menjadi antara lagu raya trending dan tular di media sosial.

Malah, Nabila turut mendapat perhatian ramai apabila mempersembahkan lagu tersebut dalam bahasa isyarat, menjadikannya lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Bekas Personaliti TV Terkenal Bakal Disaman?

Dalam masa sama, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Thu, 13 Nov 2025

“Kamu Lahir Dari Kasih Bukan Dari Luka” – Luahan Kakak Umisya Mazlan Buat Ramai Sebak

Nadiah Mazlan menitipkan kata-kata penuh makna yang sarat dengan kasih sayang dan doa agar anak-anak adiknya itu membesar dengan kefahaman bahawa…

Featured Tue, 22 Jun 2021

Kebenaran Rentas Negeri 2021 Dijangka Bermula Pada…

Berdasarkan statistik yang dikongsikan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, Malaysia kini telah mencapai tahap 100 peratus sasaran vaksinasi di Selangor dan Putrajaya. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai kebenaran […]

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Minta Maaf Orang Alor Setar, Saya Bukan Berlagak” – Ezzanie Jasny

Ezzanie menjelaskan keadaan tersebut berlaku atas sebab wajahnya masih bengkak

error: Content is protected !!