Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2025 @ 3:46pm

Kecewa Dituduh Pura-Pura Pengsan, Ifa Raziah Terkejut Ada Warganet Doakan Dirinya M*ti

Penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah meluahkan rasa kecewa selepas dituduh berpura-pura pengsan usai majlis perasmian Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Insiden tersebut mendapat perhatian ramai, namun tuduhan yang dilemparkan netizen terhadapnya memberi kesan mendalam, terutama apabila niatnya untuk memberikan yang terbaik sepanjang acara itu disalah anggap.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, pelantun lagu Ser Ser Ser itu mendedahkan dia mula merasa tidak sihat ketika dalam perjalanan ke pentas utama bagi sesi temu bual.

“Bila saya nak menuju ke pentas utama untuk ditemu bual, sebelum itu sudah rasa mual-mual dan nak muntah. Bukan saya buat-buat, apa yang saya makan dan minum semuanya keluar (muntah).

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan Darah Cecah 170 Jadi Penyebab Ifa Raziah Pengsan… Ditahan Di Hospital Untuk Jalani Rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah, Tekanan Darah Tak Stabil.. Ifa Raziah Pengsan di Starvendors, Dikejarkan Ke Hospital

“Kepala saya juga pening, tak boleh nak berdiri tegak. Nasiblah ada pengawal peribadi kiri-kanan yang pegang saya. Saya ada minta minyak angin sebab pening dan minta rakan media untuk tunggu sekejap.

“Kemudian saya sudah tak ingat apa-apa, sudah ‘padam’. Cuma rasa ketika itu badan saya seperti digoncang-goncang ibarat gempa bumi.

“Nak bercakap pun tak boleh tak tahu (ketika itu) saya ini hidup atau mati. Bila saya sedar, berada di hospital dan doktor tepuk bahu saya bertanya nama.

“Bila buka mata secara perlahan-lahan, saya bertanya di mana suami dan anak-anak,” katanya mengenang kembali detik cemas itu.

Kritikan Netizen: Ada Yang Doakan Ifa Raziah Mati

Selain dituduh berpura-pura pengsan, Ifa turut berkongsi rasa terkilan apabila membaca komen segelintir netizen yang seakan tidak mempunyai empati terhadap keadaannya.

Menurutnya, ada individu yang mendoakan dirinya mati lebih awal, sesuatu yang dianggap keterlaluan dan menyedihkan, terutama di bulan Ramadan yang sepatutnya dipenuhi dengan doa serta kata-kata baik.

@xtra_my Allahu… Kita doakan semoga Ifa Raziah sembuh seperti sediakala.. 🤲🏻❤️ #xtramy #xtratonton #ifaraziah ♬ original sound – XTRA

“Ketika itu, bacaan tekanan darah saya 177. Saya tiada darah tinggi, cuma darah saya rendah. Ini pertama kali saya pengsan dalam hidup dan saya tak salahkan netizen yang komen saya pura-pura pengsan.

“Malah suami sendiri pun tak percaya sehinggalah dia berkongsikan balik momen saya waktu awal-awal alami insiden itu. Barulah dia betul-betul sedar yang saya ketika itu sakit, pengsan.

“Iyalah, kita ni umur semakin meningkat. Kita ingat diri ni masih lagi muda. ‘Enjin’ pun sudah berkarat.

“Jadi disebabkan inilah ada sesuatu yang saya belajar. Walau sekuat mana kita kerja mencari rezeki sekalipun, waktu rehat itu perlu ada.

“Namun ada yang saya baca, netizen doakan agar saya mati cepat. Saya terfikir apa salah saya atau apa hutang saya pada mereka hingga sanggup mendoakan kematian orang lain?

“Kita di bulan Ramadan dan sesama Islam, kenapa nak mendoakan saya begitu? Apa pun, saya positif. Cuma bila ada komen yang sedemikian, saya jadi sedihlah. Kenapa ada yang begini kejam?

“Saya sampai menangis dan peluk suami dan dia pujuk saya untuk lebih kuat, terus berdoa dan banyakkan bersabar,” luahnya.

Kecaman Tak Buat Ifa Raziah Mengalah

Meskipun berdepan kecaman, Ifa menegaskan dia tidak akan membiarkan perkara ini melemahkan semangatnya. Sebaliknya, dia akan terus fokus terhadap kerjaya seni dan perniagaannya.

Bagi Ifa, setiap ujian yang datang adalah peluang untuk dia belajar dan menjadi lebih matang dalam menghadapi kehidupan.

“Saya manusia yang jarang untuk patah semangat. Bagi saya, ada masa kita berjaya dan sebaliknya. Tak ada semua yang kita lakukan akan dapat hasil yang diharap-harapkan.

“Kita kena terus belajar dan suami turut ingatkan saya untuk sentiasa reda dan berlapang dada. Bila kita reda, kita akan rasa lebih tenang.

“Syukur, sebab saya ada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Ada di sisi walau dalam apa keadaan sekalipun, terima kasih,” katanya.

Pada hujung minggu lalu, Ifa telah dikejarkan ke hospital akibat tekanan darah rendah dan keletihan melampau.

Suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman, memaklumkan Ifa kini dalam keadaan stabil namun masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Betul Ke Reza Rahadian Aktor Nombor Satu Di Indonesia?

Kata Reza, ‘Saya tidak pernah rasa…

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Semoga Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bahagia selamanya

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

‘Rumah Siti Khadijah’ Angkat Kisah Wanita Dianiaya Lelaki Durjana!

Antara kisah-kisah yang bakal diceritakan dalam Rumah Siti Khadijah ialah sumbang mahram, tokan dadah, pil khayal, ‘call girl’, ragut yang diharapkan dapat menjadi teladan.

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Mon, 16 Jun 2025

Bukan Sekadar Penyeri! Marygrace, Zazzleen, Kai Deva Hangatkan Pentas Konsert Rossa ‘Here I Am’

Marygrace, Zazzleen & Kai Deva hangatkan pentas Konsert Rossa Here I Am

Featured Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!