Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 1:35pm

“Ini Adalah Cetak Rompak Alaf Baru” – Jual & Pamer Video Konsert Wings Secara Haram, Individu Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Pengarah urusan Rumah Produksi Merah (RPM) Datuk Eddy Amir Salah memberi amaran tegas kepada pihak yang memuat naik video kandungan konsert milik syarikat terbabit. serta mengenakan caj, untuk menurunkannya serta merta.

Menurutnya, pihak RPM akan mengenakan caj untuk menurunkan mana-mana video atau bahan melibatkan kandungan video konsert.

Dan, sekiranya pihak tersebut masih berdegil dan enggan berbuat demikian,  pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas.

“Apa yang mereka buat adalah membeli tiket Wings di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh.

“Malah, ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung. Kemudian, mengenakan caj langganan bulanan.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu difahamkan mengenakan caj antara RM16 hingga RM60 sebulan. Ini adalah cetak rompak alaf baru. Jika tidak dibendung, ia boleh menjejaskan penganjur konsert seperti kami.

“Berapa banyak mereka boleh buat duit hasil kerja haram ini. Kami bukan bercerita mengenai kerugian tetapi impak kepada industri muzik,” katanya.

Sedar perkara ini bukan isu tabu dalam kalangan masyarakat, RPM sekaligus enggan isu sama terus berlarutan dan berhasrat untuk bertemu dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengetengahkan isu cetak rompak digital.

“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain yang pernah menjadi mangsa.

“Pertemuan ini diadakan untuk mencari kata sepakat untuk mengekang permasalahan ini terus berleluasa.

“Jika diikutkan, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran yang telah tertera di tiket iaitu larangan untuk membawa peranti dan merakam sepanjang konsert berlangsung.

“Tapi kami belum sampai ke tahap itu. Jadi, kami beri amaran ini untuk menurunkan posting tersebut,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihak berkenaan turut mengaut keuntungan berlipat kali ganda bahkan mengganggu proses penjualan kandungan kepada pihak berlesen.

Sementara itu, Awie juga berasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit apatah lagi sanggup menjual barangan eksklusif Wings seperti t-shirt tiruan.

“RPM merupakan pengeluar sah kepada barangan eksklusif Wings namun, masih ada pihak yang menciplak dan menjual secara haram.

“Ini juga antara masalah yang sedang kami hadapi ketika ini,”ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Muka Calar-Balar, Anak Aaron Aziz Cedera Teruk?

Apa sebenarnya yang dah jadi ni?

Featured Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘ Skrip Kami ‘Bantai’ Saja’- Shiha Zikir Terkejut Persembahan di BBB 2019 Terima Maklum Balas Positif

Korang tengok tak persembahan Shiha dengan Sharif di Bintang Bersama Bintang malam tadi. ‘Crack’ habis Shiha!

Featured Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Shuib Makin Ligat Jual Madu, Produk Jana RM 5.5 Juta Tak Sampai Setahun

Saya mungkin masih baru dalam dunia perniagaan madu. Saya amat berterima kasih kepada rakan kongsi, Badrul dan Shikin kerana menjadi tulang belakang yang positif.

Events Wed, 26 Feb 2025
error: Content is protected !!