Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 9, 2018 @ 11:00am

Shuib Makin Ligat Jual Madu, Produk Jana RM 5.5 Juta Tak Sampai Setahun

Malam tadi telah berlangsungnya Malam Penghargaan Stokis & Agen syarikat pengeluar produk Bee Factory di Glasshouse, Ampang.

Pelawak terkenal, Shuib yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah memberitahu dia optimis untuk memasarkan dan menjenamakan produk ini ke luar negara. 

“ Saya mungkin masih baru dalam dunia perniagaan madu. Saya amat berterima kasih kepada rakan kongsi, Badrul dan Shikin kerana menjadi tulang belakang yang positif.

“ Bercakap soal kualiti, jenama Bee Factory merupakan madu asli yang menggunakan lebah asli menerusi teknologi sarang lebah daripada Australia yang menepati piawaian tinggi,” katanya semalam.

Suami kepada penyanyi terkenal, Siti Sarah ini juga memaklumkan produk Bee Factory telah menghasilkan penjualan sebanyak RM 5.5 juta sejak beroperasi Oktober 2017.

“ Alhamdulillah, tidak sampai setahun penjualan di luar jangkaan. Terima kasih banyak kepada stokis yang begitu agresif menjadikan Bee Factory pilihan ramai hari ini.

“ Harapan saya agar produk Bee Factory menjadi peneraju madu asli nombor satu di Malaysia.

“ Buat masa ini, madu Bee Factory telah berjaya menembusi pasaran Singapura. Insha Allah dalam masa terdekat, kami mungkin akan masuk ke pasaran negara lain pula,” ujarnya. 

Ujarnya, Bee Factory turut menjamin produknya mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada malam tadi juga, Bee Factory mengumumkan perlantikan Siti Sarah sebagai duta produk madu tersebut. 

Produk madu asli Bee Factory  juga pernah menaja beberapa program televisyen di antaranya adalah Mentor Otai. Good Luck buat Shuib dan Siti Sarah ya! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025

[VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

Raisuddin Hamzah sebak kenang memori mengajar Allahyarham Siti Sarah menyanyi duduk

Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semoga Intan Najihah dan ibu tabah menghadapi dugaan ini…

error: Content is protected !!