Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2025 @ 10:16am

Usahawan Luah Kecewa, Rugi RM500,000 Akibat Selebriti Gagal Tunaikan Komitmen

Selebriti sering dipilih sebagai duta atau wajah sesuatu produk bagi tujuan promosi. Namun, tidak semua mampu memberikan komitmen penuh, menyebabkan sesetengah pengasas produk berdepan masalah dan rasa tidak puas hati.

Melalui pengalaman serupa, usahawan Fadzil Ismail meluahkan rasa kecewa apabila beberapa artis dan pempengaruh yang telah dilantik bagi mempromosikan produknya gagal menunaikan tanggungjawab seperti yang dipersetujui.

Menurut Fadzil yang mengusahakan kopi tanpa bancuh jenama Liquffe, dia mengalami kerugian hampir RM500,000 disebabkan kegagalan selebriti terbabit melaksanakan tugas mereka.

“Bagi saya, pengasas produk dan selebriti sebenarnya saling memerlukan. Namun, saya rasa terkilan dan kecewa apabila selebriti yang saya percaya tidak melaksanakan tugasnya sebagai wajah produk.

“Dalam masa yang sama, anggaran kerugian yang saya tanggung adalah kira-kira hampir RM500,000 akibat selebriti tidak melaksanakan tugasnya.

“Siapa artis itu, biarlah saya tidak dedahkan. Saya tidak berniat mahu mengaibkan atau memalukan sesiapa. Cukuplah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan mungkin juga buat pengasas produk lain yang melalui situasi sama,” katanya.

Mengakui pengalaman tersebut memberi kesan mendalam, Fadzil berkata dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk menguruskan pemasaran produknya sendiri tanpa melibatkan selebriti.

“Kalau ditanya serik atau tak, memang saya serik untuk guna khidmat selebriti. Saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk.

“Namun, buat masa ini biarlah saya sendiri turun padang mempromosikan kopi tanpa bancuh ini. Siapa lagi nak promosi produk kita, kalau bukan kita sendiri?

“Bukan mudah untuk memulakan bisnes ini. Pelbagai cabaran saya lalui. Apa yang orang nampak di luar tidak semudah yang sebenarnya saya hadapi. Hanya Allah yang tahu betapa ‘sakitnya’ saya untuk menghasilkan produk ini,” luahnya.

Walaupun pernah berdepan dugaan besar, Fadzil tidak mahu terus melihat ke belakang, sebaliknya menjadikan pengalaman lalu sebagai penguat semangat untuk meneruskan perniagaannya pada tahun 2025.

“Dalam bisnes ini, saya tak boleh nak pandang ke belakang lagi. Apa yang jadi, biarlah berlalu dan saya mahu buka buku baru.

“Sejujurnya daripada hati saya, tiada sekelumit dendam pun terhadap selebriti itu. Apa yang dia pernah lakukan untuk jenama ini dulu, saya ucapkan terima kasih.

“Mungkin ‘jodoh’ dalam bisnes ini tidak panjang, tapi di luar kami masih boleh berkawan. Kawan tetap kawan, cuma untuk bisnes saya sudah serik.

“Bisnes adalah bisnes. Jangan campur adukkan dengan urusan peribadi. Kami masih boleh berhubung sebagai kawan. Tiada masalah kerana tak berkat hidup apabila kita memutuskan silaturahim,” katanya lagi.

Berkongsi tentang produk ini, Fadzil menegaskan ejen dan pengguna tidak perlu risau kerana kopi cecair ini diperbuat daripada bahan organik dan berasaskan tumbuhan, selain mengandungi nektar kelapa sebagai pengganti gula putih.

Menurutnya, penyelidikan produk ini mengambil masa tiga bulan bagi memastikan rasa kopi terbaik tanpa menggunakan gula putih.

“Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, meningkatkan metabolisme, baik untuk kesihatan usus dan banyak lagi,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

Featured Wed, 11 Jan 2023
Sponsored Tue, 15 Aug 2023

Kenapa HONOR 90 Patut Jadi Pilihan Para Content Creator? Ini Sebabnya.

Bila bercerita tentang TikTok, semua mesti tahulah. Sekarang TikTok dah berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia. Oleh itu, ramai mula mencari telefon pintar dengan kualiti kamera hadapan […]

Trending Mon, 4 Jan 2021
Trending Wed, 24 Nov 2021

“Kalau Disuruh Bercium, Macam Mana?” – Beza Budaya, Tiara Jacquelina Dedah Pernah Tolak Tawaran Hollywood

Pelakon dan penerbit popular, Puan Sri Tiara Jacquelina, 54, mendedahkan beza budaya dan agama menjadi sebab dia menolak tawaran berlakon di Hollywood sebelum ini. Kesempatan untuk meluaskan karier ke peringkat antarabangsa sememangnya menjadi idaman ramai […]

Trending Tue, 17 Sep 2019

Iras wajah Lisa Surihani, Polis PBB ini buat tulang rusuk bergetar!

Hikma Nursya, buktikan wanita cantik hebat!

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
Trending Wed, 3 Feb 2021
error: Content is protected !!