Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 5:29pm

Umie Aida Tegas Jaga Batas, Amal Wuduk Sepanjang Penggambaran

Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida, tegas dalam menjaga batas pergaulan di set penggambaran, terutama ketika berlakon dengan pelakon bukan mahram.

Baginya, menjaga kesucian wuduk bukan sekadar keutamaan tetapi juga sebahagian daripada disiplin dirinya sebagai anak seni.

Ketika ditemui XTRA, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali mengaku dia sentiasa memastikan wuduknya terpelihara bagi mengelakkan dari bersentuhan dengan pelakon lelaki.

“Sejak bertudung, pergerakan saya lebih terbatas. Tetapi Alhamdulillah, dalam projek ini saya bergandingan dengan Rosyam Nor yang sangat memahami dan menghormati perkara ini,” katanya.

Menurut Umie, cabaran utama buat dirinya dan Rosyam sepanjang penggambaran adalah memastikan wuduk tetap terjaga.

“Kami sama-sama berusaha untuk tidak bersentuhan. Ini adalah prinsip yang saya pegang dalam setiap lakonan. Tetapi kalau terjadi tanpa sengaja, itu di luar kawalan,” ulasnya.

Umie berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon Keluarga Itu di Shah Alam, pada Rabu.

Mengulas lanjut, teraju utama drama Keluarga Itu mendedahkan, disiplin menjaga wuduk di lokasi penggambaran sudah diamalkannya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya sudah lama membiasakan diri dengan amalan ini, terutama selepas bersolek. Saya cuba mengekalkan wuduk sekurang-kurangnya hingga masuk waktu Asar atau Maghrib,” jelasnya.

Selain menjaga wuduk, Umie bersyukur kerana interaksinya dengan pelakon lelaki di set sering kali berlaku dalam jarak yang terkawal.

“Alhamdulillah, saya sentiasa cuba memastikan batas itu dijaga. Ia bukan sekadar soal kerja, tetapi juga tanggungjawab saya sebagai Muslimah,” ujarnya.

Dalam pada itu, drama bersiri lakonan Umie, Keluarga Itu sedang hangat ditayangkan di TV3.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 May 2021

Program Jaringan Prihatin Diperkenalkan, RM300 Bagi Penerima Yang Layak

Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet, Program Jaringan Pirihatin diperkenalkan untik merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara. Justeru, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit […]

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Harap Ramadan Ni Orang-Orang Berilmu Kongsi Kisah-Kisah Ilmiah, Tak Mahu Gosip Atau Mengutuk” – Sweet Qismina

Sweet Qismina berharap bulan Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu bermanfaat

Featured Tue, 14 Dec 2021

“Seluruh Kehidupan Berubah Sebab Covid-19” – Hampir Pulih Sepenuhnya, Aishah Kongsi Kehidupan Berubah Lebih Baik

Penyanyi Aishah berkongsi tahap kesihatannya kini semakin baik selepas menghidap wabak Covid-19. Menerusi hantaran Instagram, Aishah, 56, berkongsi seluruh kehidupannya berubah semenjak dijangkiti pada penghujung Ogos lalu. “Seluruh kehidupan I berubah bersebabkan Covid-19. Insya-Allah kepada […]

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Hiburan Sun, 31 Aug 2025
Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Featured Sat, 18 Sep 2021
Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!